Sarjan Sabu si’MALAIKAT M4UT’, wira yang dilupakan…

Syahril A. Kadir

SEMALAM bila saya bercerita kembali kisah mendiang S. Kulasingam, pegawai polis yang pernah ditemb@k sampai organ tubuhnya hancur, ditet@k dan pernah disimbah asid, ramai yang tanya, takkan hanya pegawai saja yang hebat, anggota tak ada ke?

Bila sebut anggota, tak boleh tidak ingatan saya akan melayang kepada Sarjan (B) Nazaruddin atau lebih dikenali sebagai Sabu ini (dia lebih dulu pakai nama Sabu sebelum Menteri Pertahanan kita hehehe). Walaupun dah dua tiga kali saya menulis mengenai beliau, namun saya tidak pernah jemu bercerita mengenai bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) dan detektif Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur ini.

Di tangannya saja, berpuluh dan mungkin beratus per0mpak, pencul1k, pembun0h dan penjen@yah tegar yang menggan@s di ibu kota Kuala Lumpur sekitar tahun 80’an mat1 di hujung senjat@nya sampaikan ada di kalangan penjen@yah menggelarnya Malaikat M@ut!

Beliau pernah dikejarkan ke hospital kerana ditemb@k di bahagian leher, beliau pernah hampir lumpuh kerana terjatuh sewaktu latihan terjun payung, calar balar kerana bertumbok dengan s@mseng-s@mseng ni jangan ceritalah.

Namun kerana semangat yang luar biasa, beliau tidak pernah menunggu lama untuk berada di wad. Sewaktu kelongsong peluru menembusi lehernya, Sabu hanya baring beberapa jam di wad, ini kerana beliau ambil keputusan untuk ‘lari’ sebab hendak menyambung tugas!

Dalam peristiwa tebusan Penjara Pudu pada tahun 1986, Sabu dan rakan-rakan UTKnya hanya mengambil masa beberapa minit untuk menumpaskan kumpulan pencul1k di penjar@ tersebut – dan mereka hanya menggunakan batang rotan!

Sabu yang terkenal dengan imej berambut Afro, lebih suka menggunakan pump gun untuk menamatkan riwayat penjen@yah selain p1stol semi otomatik yang diikat kemas di pinggang dan kakinya. Disebabkan semangat dan keberaniannya yang luar biasa, Yang Dipertuan Agong berkenan menganugerahkan pingat kedua tertinggi keberanian negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Sabu. Ketika ini tak ramai penerima pingat PGB yang masih hidup dan Sabu adalah salah seorang daripadanya.

Dalam peristiwa tebusan Penjara Pudu pada tahun 1986, Sabu dan rakan-rakan UTKnya hanya mengambil masa beberapa minit untuk menumpaskan kumpulan penculik di penjar@ tersebut – dan mereka hanya menggunakan batang rotan!

Sabu yang terkenal dengan imej berambut Afro, lebih suka menggunakan pump gun untuk menamatkan riwayat penjen@yah selain p1stol semi otomatik yang diikat kemas di pinggang dan kakinya. Disebabkan semangat dan keberaniannya yang luar biasa, Yang Dipertuan Agong berkenan menganugerahkan pingat kedua tertinggi keberanian negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Sabu. Ketika ini tak ramai penerima pingat PGB yang masih hidup dan Sabu adalah salah seorang daripadanya.

Ini kata-kata Sabu ketika saya menemubualnya suatu ketika dulu;

“Tiap-tiap manusia ada perasaan takut, bila kita nak pergi ke satu-satu operasi, belum bergerak lagi kencing dah tak betul. Walaupun dah dilatih, perasaan takut tetap ada, toksah temberanglah. Tetapi bila dapat tahu penjenayah itu suka bunuh orang dan sebagainya, perasaan takut itu hilang. Masuk saja van, kita dok ingat muka penjenayah tu saja. Kita tahu kita mesti nak ‘ambil’ dia.” ” Ajal m@ut di tangan Tuhan, Bismillah…JALAN!”

Namun sayang, insan hebat sepertinya kini seolah-olah tidak dipedulikan. Beliau yang kini berumur dalam lingkungan 70’an hanya menghabiskan masa di flat PPR di Jalan Peel, Cheras. Tiada gelaran kebesaran bawa gelaran Datuk atau Tan Sri, tiada tanah kurniaan, tiada apa hendak dibanggakan.

Nasib baiklah PDRM masih ingat untuk menjemputnya ke PULAPOL pada setiap kali ulang tahun pasukan. Sekurang-kurangnya dapatlah beliau melepaskan rindu pada pasukan yang dicintainya itu. Insan seperti Sabu adalah antara ribuan anggota pasukan keselamatan yang sanggup bergadai nyaw@ bagi memastikan kita tidur lena, namun sumbangan mereka semakin hari semakin dilupakan, dihargai jauh sekali.

Yang pasti, andaipun suatu hari nanti mereka tiada lagi di dunia ini, semangat mereka akan terus kekal dan tak akan mat1. Teringat kata-kata General McArthur – “Old soldiers never d1e, they just fade away.”

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*