Suami Yatt Hamzah, Heliza Helmi dan rombongan wakeupforgaza terkandas di pintu Rafah

http://www.gempak.com malaysiagazette.com

Penyanyi, Heliza Helmi memberitahu dia bersama rombongan delegasi Malaysia untuk misi #wakeupforgaza telah ditahan tentera Mesir. Heliza yang juga aktivis kemanusiaan berkata, mereka terkandas berjam-jam semalam di Rafah negara itu sebelum diarahkan berpatah balik semula ke Gaza.

Rombongan tersebut bermalam di G@za sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini. Berkongsi pengalaman berada di Rafah, Heliza, 33, berkata, mereka berdepan dengan cabaran yang begitu perit termasuk cuaca sangat panas hingga mencecah 50 darjah Celcius.

Dalam keadaan darurat itu, peserta program Akademi Fantasia musim kelima itu bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman. Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua”, tulisnya dalam Instagram pada pagi ini. Heliza bersama delegasi lain menuju ke Gaza pada 10 Julai lalu.

Semengtara itu bekas pelakon, Yatt Hamzah juga menulis…

“Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jadi peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang mereka semua selamat. “Mereka bukan ditahan 1sr2el tetapi tentera Mesir. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kau dengar doa-doa kami. Terima kasih atas doa-doa kalian semua. Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah.

“Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi… Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah Mesir itu kerana sikap tentera / polis Mesir lebih kurang sahaja dengan Israel. “Mereka terkandas berjam-jam semalam dan diarah masuk semula ke dalam G@za dan bermalam di sana sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini,” kata Yatt.

Tambah wanita itu, sebab sebenar kenapa mereka ditahan masih lagi menjadi persoalan. “Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam G@za? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini dari mereka. Sementara itu mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari G@za melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing.. Aameen Ya Rabb.

“Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin, Dr @saniarabyalkahery, Mejar @zulhanisz77, sahabat tersayang @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #WakeUpForGaza yang lain. Allah sentiasa bersama kalian Insya-Allah.. Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jd peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dpt hubungi dan maklumkan yg MEREKA SEMUA SELAMAT. MRK BKN DITAHAN ISRAEL. ALLAHUAKBAR ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH, KAU DENGAR DOA2 KAMI. TERIMA KASIH ATAS DOA2 KALIAN SEMUA.. 🙏🤗 Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah. Rupanya kami dpt maklumat yg salah mlm td.. Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dr pintu Rafah MESIR. 😔😓 Mereka TERKANDAS BERJAM2 SEMALAM dan DIARAH MASUK SEMULA KE DLM GAZA DAN BERMALAM DI SANA SEBELUM MENCUBA LG UTK KELUAR PAGI INI. . Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dlm GAZA? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama2 tunggu update berita terkini dr mrk. Sementara itu mohon semua teruskan Berdoa agar mereka selamat keluar dr Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga msg2..Aameen Ya Rabb.. 🤲❤️ . Juga teruskan menyumbang ke TABUNG WWW.TABUNGGAZA.COM . Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin 🤗❤️ , Dr @saniarabyalkahery , Mejar @zulhanisz77, shbt tersyg @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #wakeupforGaza yg lain. Allah sentiasa bersama kalian in shaa Allah..Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian❤️ . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #wakeupforGaza #MAPIM #prayformisiwakeupforgaza #SUBHANALLAH #ALHAMDULILLAH #ALLAHUAKBAR

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

View this post on Instagram

BERITA TERGEMPAR!! Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia mlm ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza..😢☹️ . MOHON DOA SEMUA yg membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, utk misi #wakeupforGaza yg digerakkan oleh #MAPIM @mapimofficial yg sdg TERKANDAS di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dr segala mudarat. . Berita setakat ini, mereka ditahan dan tidak dpt keluar dr Rafah mengakibatkan mereka terpaksa bermalam di sana hari ini dan terlepas flight ke Malaysia yg dijadualkan mlm ini. Berapa lama mereka akan ditahan? Yg itu masih tanda tanya. . Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yg sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pd tahun 2013. Mmg sgt mencabar dan menduga kesabaran.😓 . Saya Yatt Hamzah, mohon sgt2 🙏 kita sama2 doakan keselamatan dan kelancaran urusan mereka dan segera dilepaskan keluar dr pintu Rafah. Antara yg menganggotai delegasi itu adalah Suami saya yg tercinta @zulfadhli_khiruddin iaitu Pengarah Media MAPIM, bersama 2 lg team #MAPIM iaitu KETUA MISI Dr @saniarabyalkahery dan Mejar @zulhanisz77 Juga shbt2 saya @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan Setiausaha Politik Kementerian Luar juga rakan2 media dari @tvalhijrah114 . LA HAWLAWALA KUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIQMAL WAKEEL. Ya Allah Kau Selamatkanlah mereka, Permudahkanlah urusan mereka, Jangan Kau persulitkan.. Aameen. 🤲🤲🤲 . Sokonglah perjuangan dan Pengorbanan delegasi Malaysia ini dg meneruskan menderma ke WWW.TABUNGGAZA.COM 🙏🙏🙏 . PLEASE SHARE POST INI.. PLEASE 🙏🙏🙏 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #Doa #wakeupforGaza #MAPIM #PRAYFORMISIWAKEUPFORGAZA

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Sumber; malaysiagazette.com & Gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*