[Video] Gempar.!! ‘Pak Belang’ Masuk Kampung

Berita TV9

Penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun gempar apabila dua ekor harimau belang jantan dan betina tersesat dan berkeliaran di kampung berkenaan kira-kira jam 3.30 petang tadi. Harimau yang kelihatan kelaparan itu tidak bertindak agresif dan penduduk kampung berjaya menghalaunya ke hutan semula.

Bagaimanapun ada penduduk lintang pukang lari selepas melihat harimau itu berkeliaran. Harimau itu dikatakan berkeliaran di sekitar Kampung Besol Lama sejak malam tadi. Penduduk mendakwa, kegiatan pembalakan dan perlombongan biji timah di Hutan Simpan kampung berkenaan punca habitat haiwan itu terjejas.

Jom tonton video…

Sumber; Berita TV9

Kredit foto; Adli Mohamad 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*