[Video] Saranan ustaz ni supaya berhenti makan ubat sangat B4HAYA dan MENGH1NA doktor…

Kamilin Jamilin - Seni Hadith

Saya ingin mengulas tentang video yang tersebar ini, yang saya lihat sangat penting untuk diberi penjelasan:

1. Jangan sesekali menggunakan agama atau pentas agama atau menggambarkan Islam sebagai anti-sains dan perubatan moden. Sekalipun kita mahir ilmu agama, namun kita tetap orang awam dalam ilmu perubatan.
Panduan agama yang perlu kita pegang ialah firman Allah SWT:

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
“Tanyalah mereka yang lebih berkelayakan (dari kalangan ahlinya) sekiranya kalian tidak mengetahui” [al-Nahl: 43].
Pepatah ulama: 
من تكلّم في غير فنّه أتى بالعجائب!
“Barangsiapa yang bercakap (suatu perkara) yang bukan bidangnya, nescaya banyak keanehan yang dibawanya!”.

2. Membuat dakwaan bahawa ubat ini semua tipu merupakan tuduhan semberono yang tiada fakta atau bukti. 
Jahilkah ribuan kalau bukan jutaan para saintis, pakar kimia atau pakar perubatan di dunia ini baik muslim atau bukan muslim sehingga tidak menyedari ianya dusta belaka??
Adakah selama ini mereka tergamak menipu sehingga sanggup bermain dengan nyawa manusia??

3. Menegah orang dari mengambil ubat merupakan saranan yang sangat bahay@ dan tidak bertanggungjawab!
Kerana seruan ini, ramai yang sanggup merisikokan kesihatan dan nyawa sendiri kerana beranganggapan perubatan moden hari ini semua merupakan k0nsp1rasi barat dan acuan teknologi “Dajj@l”!

4. Kata ustaz ini: “Doktor tau, tapi doktor terikat dengan perjanjian, dengan etika perkhidmatan dia…Kalau doktor tak buat macam tu (suruh orang makan ubat), apa kerja dia?”. Saya kira ini merupakan kenyataan tidak sens1ti1 yang telah mengh1na semua para doktor yang sanggup berkorban masa dan tenaga, bersengkang mata serta bertungkus lumus membantu demi membaiki kualiti hidup jutaan manusia.

Betapa ramai yang sangat tertekan berkhidmat sebagai doktor! Kenyataan ini seolah-olah menggambarkan bahawa kerjaya bidang perubatan ini dipenuhi dengan sikap kh1anat dan tidak amanah, sehingga sanggup memb@hayakan nyaw@ manusia demi kerjaya peribadi.

5. Tahukah kita, dahulu ilmu kimia pernah diiktiraf sebagai ilmu orang Islam kerana begitu besar sumbangan ilmuwan Islam dalam bidang ini yang menjadi perintis pelbagai kaedah dan teori? Kita memiliki ramai tokoh perubatan, kimia dan sains seperti Ibn Bajah (pakar perubatan), Abu Bakr al-Razi (pakar perubatan), al-Zahrawi (pakar pembedahan) dan ramai lagi yang menunjukkan kemajuan umat Islam seiring dengan ilmu Sains.
Sekolah perubatan yang pertama di Eropah juga diasaskan oleh seorang muslim.

6. Sekalipun kini umat Islam bukan lagi peneraju dalam bidang sains perubatan, namun kita masih lagi memiliki ribuan pakar muslim dari seluruh dunia yang aktif mengkaji dan menyumbang dalam bidang ini. Adakah mereka semua ini tidak menyedari “penipuan mutawatir” ini??

Adakah mereka semua tiada amanah akedemik dan kredibiliti diri sehingga sanggup bersekongkol menutup “kebenaran” ini?? Adakah mereka semua begitu kejam sehingga mengutamakan etika kerja peribadi dari nyawa orang lain termasuk keluarga sendiri??

7. Islam tidak pernah menolak perubatan moden yang juga sebahagian dari tuntutan Islam.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda: “Berubatlah!” [riwayat Abu Dawud] secara umum yang menunjukkan apa sahaja kaedah perubatan diharuskan dan dituntut selagi tidak melanggar piawaian yang ditetapkan oleh syarak.
Nabi SAW juga berubat dengan kaedah terbaik dan termoden pada zamannya.

Baik perubatan moden atau tradisional, kesemuanya merupakan ikhtiar dari pengalaman dan uji kaji dalam menyediakan rawatan terbaik bagi suatu penyak1t. Justeru Nabi SAW bersabda: “Jika mengena penawar itu pada penyak1tnya, akan sembuh dengan izin Allah” [riwayat Muslim]. 

Hadis ini cukup jelas menggalakkan inovasi berterusan dalam mencari penawar setiap penyakit. Tidak dinamakan sebagai inovasi jika tiada unsur sentiasa memperbaiki kekurangan yang wujud. Begitulah sifat mana-mana ubat. Ini yang telah saya jelaskan dalam ucapan pembentangan saya di Konvensyen Farmaseutikal Halal Kebangsaan 2019 di Kelantan baru-baru ini.

Saksikan video ceramah ustaz yang agak k0ntr0vers1 tu…

Sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*