Wow! Hebat strategi bisnes adik Jalipah, bakal jutawan muda ni!

Mohd Yazid Ismail

Saya terkejut sebab anak saya beli kertas kecil ni dengan harga seringgit sehelai. Cebisan kertas ni ada tandatangan cikgu. Mula-mula saya dan Widyana Ali tak faham, ingat ke cikgu yang jual. Sorry cikgu, tersalah faham🤣. Bila saya tanya betul-betul, anak saya kata pelajar darjah satu yang jual. Nama dia Jalipah, bukan nama sebenar. Ada beberapa orang yang beli.

Yang beli pula kakak-kakak, bukan budak darjah satu. Hebat Jalipah “scam” kakak-kakak. Hahahahaha…

Bijak sungguh business model Jalipah, dia pergi jumpa cikgu-cikgu minta tandatangan kat kertas-kertas ni pastu jual kat student lain. Hampir zero cost punya bisnes. Brilliant strategy!

Dia jual guna kaedah face to face (FTF) marketing tau, hebat. Kalau kat restoran ada orang tak dikenali datang tegur untuk menjual, tu namanya ftf. Dalam bidang sales, ftf ni darjat marketing yang agak tinggi. Tahap maulana. Saya yang dah lebih 10 tahun dalam bidang sales pun belum mahir lagi ftf.

Masa anak saya dan kawan-kawan tengah turun tangga, Jalipah tegur untuk menjual. Berani dan berkeyakinan tinggi. Kelab usahawan sekolah kena cari Jalipah. Lantik dia jadi presiden kelab. Rasanya Jalipah boleh jadi jutawan solehah satu hari nanti

Sumber; Mohd Yazid Ismail