Dilema seorang isteri setelah berumah tangga 13 tahun, suami sah H1V+ hasil hubungan sejenis dengan kenalan FB

Saya menerima pm daripada seorang wanita, ibu kepada 4 orang anak yang semuanya masih kecil. Baru sahaja dapat pengesahan daripada keputusan Ujian darah suaminya, POSITIF H1V. Persoalan kenapa suaminya semakin berubah sejak 3 tahun kebelakangan ini terjawab, rupanya dalam tempoh itu ada hubungan dengan kaum sejenis yang kenal hanya melalui FaceBook.

Suaminya sebelum ini seorang yang baik dan sangat rapat dengan anak-anak. FB yang dibuka 3 tahun lepas bermula segalanya. Na’uzubillahi min zalik, hari ini bukan medsos (media sosial) anak-anak sahaja, medsos pasangan juga perlu dipantau, banyak kes kecurangan hingga penz1naan bermula di FB, sangat banyak.

Sejak beberapa bulan ni, saban hari suaminya bangun malam bermunajat bertaubat kepada Allah SWT, sentiasa dengan air mata merayu-rayu kemaafan daripada si isteri, anak-anak semuanya masih tidak mengerti. tetapi dalam keadaan sebegini air mata dar@h sekalipun tidak akan mengubah hakikat yang sedang berlaku.

Namun Allah sentiasa membuka pintu taubat dan rahmatNya. Isteri ini sedang mengumpul kekuatan untuk satu kemaafan yang menuntut bukan sedikit peng0rbanan. Saya mohon doakan wanita ini terus positif melalui kehidupan dan diberi jalan keluar yang terbaik daripada Allah SWT. Wanita ini akan membaca doa dan kata semangat drpd kita semua.

*Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita ini. Saya tidak mencadangkan apa-apa kepada beliau, samada teruskan dalam pernikahan atau berpisah, buat masa ini itulah pilihan yang dia sendiri buat, untuk akan datang kita sendiri tidak pasti. Doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Sumber; Ustazah Asma’ Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*