Catatan Bro Ebit Lew bertemu dengan Dato’ Seri TG Hj Hadi

Ebit Lew

Sebak sangat hari ini. Tadi di Airport Subang nak ke Kota Bharu rezeki terjumpa seorang alim besar yang teramat saya hormati dan sangat saya sayangi Tuan Guru Hj Hadi yang nak balik ke Terengganu. Tak pernah jumpa sebelum ini. Beliau seorang diri tanpa sesiapa cuma bawa anak saudara pergi ke Airport naik firefly. Dengan beg penuh buku dan kitab. Berat juga.

Dari mula nak lalu scan beg. Kami sama-sama minum kopi dan berbual-bual. Saya minta nasihat beliau dalam dakwah. Katanya sabar ialah kunci utama dalam dakwah. Dapat cium tangan dan peluk beliau. Saya tak mampu nak cakap apa-apa. Diam jer sebab rasa hormat.

Cuma tengok wajahnya buat rasa sejuk. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Saya terhutang budi pada alim ulama dan orang Melayu Islam di Malaysia asbab doa mereka Allah terima saya dapat hidayahnya. Terasa nikmat perjalanan hari ini.

Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada beliau berilah sedikit pada diriku yang dhaif ini. Berilah beliau kesihatan yang baik dan berkatkan panjangkan umurnya dalam kebaikan. Saya teramat menghormati keilmuannya dan nasihatnya.

Sumber; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*