Wahai rakyat Malaysia, sumbangan anda telah membawa senyuman buat penduduk Chad

Fahmi Alias

Salam Jumaat yang penuh barakah. Pagi ini saya nak kongsi sedikit pengalaman ketika saya berada di benua Africa iaitu negara Chad 🇹🇩. Jika kita lihat peta dunia, Chad ini kedudukannya ditengah-tengah diantara negara Niger 🇳🇪, Libya 🇱🇾, Sudan 🇸🇩, Central African Republic 🇨🇫, Cameroon 🇨🇲, & Niger 🇳🇪..

Saya & team NGO Yayasan Amal Malaysia berkesempatan untuk menyampaikan amanah rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk mewaqafkan naskah Al Quran. Bumi Chad, subur dengan khalwah (sekolah tahfiz) yang keadaannya begitu daif & uzur. 

Hanya belajar & menghafaz di kaki lima jalan yang penuh berdebu jika hari panas dan yang penuh lecak ketika hari hujan (seperti dalam video). c

Al Quran mereka ada, tapi cukup usang & uzur, jika adapun boleh bilang dengan jari berapa ramai yang ada naskah Al Quran. Mereka cukup gembira bila saya & team sampai ditempat mereka untuk mengagihkan naskah Al Quran yang telah disumbangankan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada kami.

Bila saya sampai ke tempat begitu, baru kita boleh rasai nikmat kelebihan yang Allah beri kepada kita. Kita Al Quran hanya simpan di dalam almari yang cantik tanpa dibaca 😭. Al Quran di tempat kita hanya jadi barang perhiasan☹️. Semoga Al Quran menjadi rakan karib kita setiap masa & walau di mana kita berada. Al Quran akan menerangi kita di kub0r kelak. 

Jom tonton video…

Sumber; Fahmi Alias

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*