
Suatu masa dahulu, beliau yang masih non Muslim pernah mencetuskan viral di media sosial apabila menghantar anaknya yang sudah melafazkan syahadah belajar di Tahfiz darul Quran Jakim. Dan semalam, beliau sekali lagi menarik perhatian ramai apabila hadir menemani anaknya menerima Anugerah Khas selepas berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun.
Ang Bee Cheng menemani anaknya Tan Mike Foong yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pelajar tahfiz di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Kubu Bharu. Beliau yang menggunakan Al-Quran Braille sebagai medium pembelajaran telah berjaya menghafal 1o juz Al-Quran.
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma di Darul Quran Jakim.
Saksikan video…
Leave a Reply