Kisah Dari Inbox Baitus Solehah: Malangnya cucu dapat Tok Wan Setan

Baitus Solehah

Assalamualaikum puan.

Minta la padamkan nama saya jika mahu berkongsi kisah saya neh. Saya malu. Tapi saya perlukan tempat untuk bercerita. Selama sejak saya berpindah dari KL ke Alor Setar, hampir setiap hari saya bawak balik anak anak perempuan saya balik menjenguk tokwan dan maktok dorang. (Mentua saya)

Anak kini 7 tahun dan 3 tahun. (Perempuan dua dua). Setiap kali outstation, saya akan tinggal kan anak anak di sini. Satu hari, saya nak outstation, saya bagitahu anak sulung saya, nak tinggalkan dia di kampung.Beria-ria dia menangis. Hari hari seminggu sebelum saya hantar, saya bagitahu dia, dia akan menang1s-nang1s.

Sampailah satu hari, sehari sebelum pergi, anak saya menjerit “tokwan selalu gosok vag1na saya!”

Saya dan suami terkejut puan. Saya nang1s. Dan saya tanya dia betul ke. Saya tanya kenapa tak pernah bagitau dari awal. Anak saya jawab “sebab itu kan bapak papa” Dia pernah menolak tokwan dia, dengan katakan “tokwan, kan dosa!” Tokwan dia kata takpe. Dan ugut tak mau belikan coklat walhal anak saya tak pernah pun sukakan coklat.

Saya tak perasan semua ni puan. Kata anak saya, tokwan akan panggil dia semasa saya dan suami ke luar rumah (kampung) atau ketika orang lain sibuk. Saya sed1h puan. Tokwan tu seorang pencen pengetua. Bukan orang yang tak terpelajar tapi bernafsukan setan!

Sungguh saya benc1 dan saya tak tahu ape perlu saya buat. Sehingga kini saya dah berhenti balik kampung/bawak anak jumpa dia. Saya masih belum report polis dan belum bawa ke hospital. Kerana suami kasihankan ibunya yang tengah uruskan perkahwinan adiknya. Bapanya orang yang tidak kisah hal isteri dan anak.

Bantu saya puan. Apa tindakan wajar dibuat?

Sumber; Baitus Solehah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*