“Suami saya tak ada. Dah kena SEMBEL1H” – Ibu R0hingya

Taufiq Razif

Mewahnya kita berbanding mereka…

Entah kenapa malam ni hati saya tak boleh lupakan keluarga di Arakan yang di dalam gambar ini. Mungkin sebab rumah ni saya sendiri yang masuk dan buat spotcheck. Sengaja saya nak tengok betul ke miskin keluarga Arakan ni. Ke dia buat buat miskin untuk raih s1mpati?

Bila masuk ke ruang tamu, eh kemas. Kemas tu bukan sebab si ibu ni pandai mengemas tapi sebab tak ada apa apa. Cuma ada lantai yang diperbuat daripada buluh. Tak ada sofa, tak ada tilam, tak ada bantal. Cuma lantai dan dinding semata.

Saya masuk ke bahagian dapur pula. Eh kemas juga. Kemas bukan sebab si ibu ni pandai mengemas tapi kerana tak ada apa apa. Cuma ada kuali yang di dalamnya ada sejenis daun dan bekas yang di dalamnya ada sejenis lengkuas. Saya cari beras sebenarnya.

Bila cari di bahagian dinding, kelihatan beras yang separa masak ada di dalam 2 botol mineral kecil. Kelihatan bekas minyak masak yang sudah kosong. Eh baru saya teringat, anak puan ni b0gel. Tak malu ke biar anak b0gel macam ni? Saya cari baju anak anak ni kat dalam rumah tu. Kelihatan ada sehelai dua baju basah yang sedang digantung di dinding dapur.

Rupanya bukan sengaja si ibu ni membiarkan anaknya berb0gel tapi satu satunya pakaian anaknya kotor dan baru je dicuci. Sementara tunggu baju anaknya kering, terpaksa la anaknya berb0gel buat sementara waktu. Masa saya sampai tu dah nak petang, jadi saya cari la sisa makanan yang ibu ni dah masak pada anak anaknya. Saya diam diam selongkar tempat cuci pinggan di bahagian belakang rumah puan ni.

Saya nampak ada sesuatu dalam lauk kari. Ah, mesti ayam ni! Lega sikit saya. Bila saya belek belek benda yang seakan ayam kari tu rupanya benda tu adalah ubi! Allah! Rupanya si ibu tu masak ubi tu di dalam kuah kari supaya si anak merasa mereka sedang makan ayam. Saya lupa, orang kat sini makan daging pun sekali setahun je!

Di depan rumah keluarga tersebut, saya menang1s teres@k-esak. Saya dah tak mampu tahan dah. Puan, mana suami puan? Ingat ke boleh la jumpa suami dia untuk bagi duit sikit. “Suami saya tak ada. Dah kena sembel1h”

Mulai sekarang, bila rasa hidup kita kurang sana sini cuba tengok kembali kehidupan mereka yang di Arakan ni. Nescaya semua keluhan kita akan kembali kendur dan rasa nak solat banyak banyak je sebab nak berterima kasih kepada semua kemewahan yang Dia dah limpahkan kepada kita semua. Di situ, empangan air mata saya pecah berkali kali.

p/s : 7hb Ogos ni saya akan ke sana lagi. Tolong doakan saya boleh bawa bantuan yang lebih sustainable dan lebih besar ye

p/s : Yang mana nak buat ibadah Qorban di sana, boleh layari link ni 👉Qorbanmudah.com
Saya sendiri yang akan ke sana untuk pantau proses penyembelihan di sana nanti.

Sumber; Taufiq Razif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*