Walaupun OKU tetapi hatinya ternyata MULIA & SEMPURNA

Seorang netizen yang juga atlit paralimpik angkat berat Sabah, Abu Fathiyyaturahma ternyata memiliki naluri kemanusiaan yang tinggi dan terpuji. Usahanya menyelamatkan seekor kucing yang hampir terjatuh ke dalam sebuah longkang besar mendapat pujian ramai netizen.

Beliau, yang tidak mempunyai sepasang kaki yang sempurna membuktikan kepada semua bahawa kekurangan tersebut tidak menghalangnya daripada menyelamatkan ny@wa seekor kucing. Ternyata hatinya tidak OKU sebagaimana anggota fizikalnya.

Ikuti catatannya…

Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar, kucing itu sedang berpaut kuat d dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ. Saya pun cuba naikkan kucing tu keatas, alhamdulillah kami dapat bantu dia naik…

Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu, dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu, jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu. 

Jom tonton video…

Sumber; Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*