Jen@zah bayi tersimpan dalam peti may@t lantaran gagal bayar kos pengurusan jen@zah

Di sebalik Mengurus jen@zah ke-80 petang tadi ada cerita p1lu menyentuh hati semua unit sukarelawan yang bertugas. Dari unit sukarelawan van jen@zah, unit bilal jen@zah muslimah dan muslimin, unit task force hingga lah ke unit escort yang mengiringi jen@zah bayi berusia 1 hari itu.

Maklumat tentang kes anak syurga itu diterima melalui salah seorang rakan unit sukarelawan iaitu En yus yang juga kakitangan forensik hospital Tengku Ampuan Rahimah, ketika itu semua unit sukarelawan sedang sibuk ditemuramah oleh wartawan tv1 rtm untuk siaran rancangan jakim tentang perjalanan dan matlamat unit khas van jen@zah.

Bergolok Bergadai Untuk Bayar Kos Pengurusan Jen@zah…

Menurut En Yus, pihak waris memerlukan bantuan dari unit khas van jen@zah untuk menguruskan satu jen@zah bayi yang men1nggal dunia setelah dilahirkan. Maklumat awal yang diberi menyatakan pihak keluarga yang juga datuk dan nenek kepada anak syurga itu sudah berhabis usaha untuk mencari duit bagi membayar kos pengurusan jen@zah bagi mengebum1kan jen@zah cucu pertama mereka.

Setelah mendapat maklumat, 9 orang wakil sukarelawan ukvj dari unit van jen@zah ukvj-l dan ukvj-ll telah digerakkan ke hospital tengku ampuan rahimah klang diiringi unit escort untuk mengambil jen@zah yang kami gelarkan anak syurga untuk dibawa balik ke bilik pengurusan jen@zah jannatul firdaus.

Apabila jen@zah anak syurga itu tiba di bilik wakaf bersama datuk dan neneknya,7 orang dari unit bilal jen@zah muslimah tanpa berlengah terus melakukan tugasan mandi dan kaf@n dengan segera.

Ini kerana dari temubual yang dilakukan oleh ketua unit operasi terhadap si nenek kepada anak syurga itu, jen@zah telah disimpan selama 3 hari di peti mayat hospital Tengku Ampuan Rahimah klang gara gara gagal untuk mencari duit untuk menjelaskan kos pengurusan jen@zah.

Di dalam temubual itu si Datuk dan nenek kepada anak syurga itu telah berusaha untuk meminjam duit kepada ahli keluarga dan jiran jiran,tetapi selepas 3 hari usaha mereka tidak berhasil sepenuhnya dan hanya dapat mengumpul duit berjumlah RM 200.

Jumlah keseluruhan yang diperlukan bagi kos mandi kafan untuk jen@zah kategori bayi@kanak kanak berharga RM 250, manakala kos pengebumian juga berharga RM 250 untuk jen@zah kanak. Jumlah kos keseluruhan yang perlu disediakan oleh si datuk dan nenek kepada bayi syurga ini adalah RM 500.

Bayangkan jen@zah anak syurga itu terbiar selama 3 hari di dalam peti mayat gara gara si datuk dan nenek gagal mencari duit!

Di saat datuk dan nenek kepada bayi syurga ini buntu mencari RM 300 lagi baki duit pengurusan jen@zah cucu mereka, Allah swt telah memudahkan urusan dengan menghantar unit kami untuk membantu setelah maklumat disalurkan oleh salah seorang staff unit forensik yang juga sukarelawan kepada unit khas van jen@zah.

Ketika jen@zah bayi syurga ini sedang disempurnakan oleh unit bilal jen@zah muslimah kami, si nenek memberitahu sambil menang1s teresak esak selama 3 hari beliau cuba berusaha untuk meminjam di sana sini termasuk lah kepada beberapa orang jiran di tempat tinggalnya, mujur ada seorang dua yang menghulurkan bantuan dengan memberi pinjaman sehingga terkumpulnya duit RM 200.

Katanya lagi beliau dan suami juga ada menghubungi Adik beradiknya tetapi adik beradiknya langsung tidak mahu membantu untuk meminjamkan duit bagi menguruskan jen@zah cucunya.

Apabila mendengar keluhan suami isteri ini, kem unit kami cuba menenangkan si nenek sambil memberitahu pengurusan jen@zah cucunya dari perkhidmatan van jen@zah, perkhidmatan mandi dan kaf@n juga kos di tanah perkuboran akan ditanggung sepenuhnya oleh unit kami.

Sambil menangis ke dua dua suami isteri ini tidak putus putus perkataan terima kasih keluar dari mulut mereka!

Menurut dari apa yang dikongsikan juga kepada unit kami, bayi yang sedang dimandi oleh unit bilal jen@zah itu adalah cucu pertama kepada mereka berdua. Ketika sudah hampir cukup bulan untuk bersalin, anak perempuannya yang mengandungkan bayi tersebut telah 3 kali diser@ng sawan.

Apabila berlakunya kejadian ser@ngan sawan untuk kali ke 2 mereka telah membawa anak perempuannya ke hospital kerana bimbang berlaku perkara yang tidak elok kepada si ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Setelah ditahan di wad untuk menunggu si ibu bersalin, sekali lagi berlaku kejadian ser@ngan sawan kepada si ibu sekali dengan tanda-tanda bayi didalam kandungan siap sedia untuk dilahirkan.

Namun mal@ngnya, setelah dibawa ke bilik labour room bayi yang baru dilahirkan itu men1nggal dunia selepas disambut oleh pihak doktor dan kakitangan. Apabila meninggal dunia selepas lahir bermula lah satu lagi masalah baru ibarat sudah jatuh ditimpa tangga untuk si bapak, si nenek dan si datuk kepada anak syurga itu.

Saat dipalit kesed1han, mereka dihantui pula dengan masalah untuk menguruskan jen@zah akibat tidak mempunyai duit. Bayangkan jika maklumat tentang masalah yang dihadapi waris kepada anak syurga ini tidak sampai kepada kami?

Ibu masih di ICU…

Persoalan yang bermain di minda kami semua petang tadi, entah berapa lama kah agaknya lagi jen@zah anak syurga ini akan berada di peti beku mayat? Sudah la ibu kepada anak syurga ini masih tidak tahu bayinya telah men1nggal dunia. Si ibu pula ketika ini tidak sedarkan diri di wad rawatan rapi kerana diberi ubat tidur oleh pihak doktor. Ditidurkan kerana kepenatan selepas terkena ser@ngan sawan dan melahirkan anak. Anak yang belum dilihat pula sudah pergi menemui sang pencipta.

Bagaimana kah agaknya situasi yang bakal berlaku setelah si ibu sedar dari tidur. Pasti si ibu akan mer@ung sepuas puasnya bila mendengar berita anak yang baru dilahirkan sudah tiada.

Selepas selesai jen@zah bayi itu dikebumi, sebelum pulang si nenek mengucapkan terima kasih berkali kali. Si datuk memeluk ketua unit kami sambil mengucapkan perkataan terima kasih berulang ulang kali, begitu juga si bapa kepada anak syurga itu yang mulutnya tidak henti henti menyatakan terima kasih kepada semua unit sukarelawan yang sudah membantu.

Apabila sedar nanti, moga si ibu tabah dalam menghadapi ujian dunia yang diberi allah swt kepada mereka sekeluarga. Sebelum beredar Si nenek sempat memberi nama untuk anak syurga ini kepada nama NURJANNAH sempena nama bilik wakaf ukvj.

Salam takziah, kisah anak syurga telah unit kami selesai menggunakan duit dana yang telah disumbangkan oleh orang ramai sebelum ini dengan izin allah swt.Alhamdulillah!

Sumber; Unit Khas Van Jenazah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*