Allahu Robbi; Nenek 9 Anak Terpaksa ‘Menapak’ sendiri ke hospital…

Ya Allah, admin tersentap baca posting ni…. Lalu, cuba bayangkan di suatu hari nanti, jika umur panjang, apakah kita akan menghadapi nasib yang sama? Anak-anak yang kita tatang penuh manja dan besarkan mereka  dengan penuh kasih sayang, apakah kita akan dibiarkan keseorangan menghadapi hari tua nanti…?

Admin doakan agar anak-anak nenek ni tidak membiarkan beliau keseorangan di hospital dan juga bila sudah keluar nanti. Marilah kita ‘husnus zon’ yang anak-anaknya mungkin agak sibuk dan tidak sempat menjawab panggilan telefon daripada neneknya. Mereka mungkin tidak berniat untuk tidak mengangkat panggilan daripada bondanya…

Dan mereka akan bersegera ke hospital untuk menyantuni neneknya nanti… Bacalah coretan yang sungguh menyed1hkan ini…

Ini penulisan dari seorang sahabat FB aku.. 😢

“Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri. Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke, dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab. Aku cuba call anak dia sorg ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Kepada kawan2 saya dalam ini if sapa kenal makcik Zah*** stay Bangsar tolong bagi tahu family dia ye. Sebab makcik ini nak kena warded tp dia seorang diri. Kesian & sedih aku tengok makcik itu seorang diri. Bila aku tengok makcik ini, aku terbayangkan if itu adalah Mak aku😭

Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zah*** ni.

Aamiin.

Kredit; امير زاريس

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*