Pengakuan Doktor, Ramainya PESAK1T Tak Solat; Sepatutnya SAK1T Ingatkan Kita Pada KEMAT1AN

Doktor : “Tadi tak bangun solat Subuh ke?”
Pesakit : “Ala doktor, susah lah nak solat. Leceh. Kotor baju ni. Nak wudhu pun susah.”
Doktor : “Minta lah baju baru dengan nurse.”

Pesakit : “Tak apa lah doktor. Orang lain pun semua tak solat,” menunjukkan tangan kepada semua pesak1t di kubikelnya.
Pesakit : “Mereka cakap sak1t tak payah solat.”

Ya. Ia bukan lagi satu yang aneh. Bukan satu yang jarang. Bahkan ia gejala yang agak merisaukan. Sak1t sepatutnya mendekatkan kita dengan Tuhan. Melalui sak1t Tuhan menggugurkan dosa-dosa hamba-Nya. Sak1t menyebabkan manusia lebih mengingati mat1, lebih menginsafi keterbatasan dan kelemahan diri. Sepatutnya…

Tetapi semasa di wad, kalau kita tinjau berapa peratus pesak1t yang solat lima waktu sehari (ah, ini asas, paling asas!) dan kita akan terperanjat! Alasannya:
1) Pakaian kotor
2) Sak1t
3) Susah nak wudhu

4) Boleh qada’
5) Tak tahu solat orang sak1t
6) Memang jarang solat pun di rumah

Ini terutama masalah bagi pesakit muda. Posting pertama sebagai houseman di wad ortho hal ini amat ketara. Ramai pesak1tnya muda-muda, sebahagian ada luk@-luk@ (jadi alasan tak boleh wudhu), dan kaki tergantung / bersimen / on traction. Pesak1t yang lebih berusia, mungkin kurang, seperti pengalaman saya di wad oftalmologi (ramai pesak1t katarak, glaucoma, d1abetic retinopati orang berusia).

Pesanan untuk Ibu bapa, kalau anak anda masuk wad, sila pastikan mereka solat. Ajarkan mereka solat orang sak1t. Boleh tanya doktor/nurse. Ia penting. Pesan setiap kali anda melawat mereka. Bantu mereka berwudhu (jangan anda pula tumpang sekaki tak solat). Sakit bukan alasan tak solat, bahkan sakit sepatutnya lebih menambahkan rasa taqwa kita. Dan jangan harapkan nurse atau doktor nak jaga solat anda/anak anda. Kerja-kerja rutin pun tak terkejar.

Semasa houseman dulu, selalu saya kejut pesak1t ketika round pagi (tetapi kadangkala tak terkejar juga, ah, rasa bersalah sebenarnya). Sengaja tanya soalan (yang mungkin tak perlu pun) untuk timbulkan perbualan, supaya mereka alert dan terjaga. Sekurang-kurangnya mereka bangun. Para houseman (dan juga nurse) ketika melakukan morning round (atau ambil vital sign pagi), jangan lupa kejutkan pesak1t.

Dan cadangan saya, mulai hari ini, kalau anda nak melawat pesak1t, tak payah bawa makanan banyak-banyak. Tak perlu bunga, atau kad, atau KFC (di Terengganu hospital sebelah KFC, ahah). 

1.  Bawalah botol penyembur air ini, untuk membantu pesak1t berwudhu dengan mudah. Tidak terlalu basah. Tak perlu ke bilik air.

2. Belilah buku panduan solat ketika sak1t. Banyak di kedai buku. Paling kurang, ajarlah pesak1t, dan kalau tak arif di internet boleh dapat banyak (rujuklah laman yang autentik) atau tanya ustaz-ustaz.

3. Mak-ayah… sedia lah peluru siap-siap. Pesanlah kepada anak-anak yang masuk wad tu. Cakap, jangan tak cakap. D0sa anak tak solat, share nya sampai kepada ibu bapa juga (kalau tak tegur atau tak ambil tindakan).

4. Beri perhatian betul-betul. Waktu melawat adalah bermula jam lima hingga tujuh petang. Waktu ini wad penuh dengan pelawat. Nak solat agak susah/sempit. Pesakit sibuk melayan pelawat. Jadi pelawat jangan lupa tanya, “Asar dah solat ke?”. Dan bagi ruang pesakit solat dulu. Mana prioriti, anda (pelawat), atau solat? Ha! Anda bertanggungjawab tau kalau terlalu sibukkan pesakit sampai dia lupa solat (dan sesetengah pesakit memang saja gedik buat sibuk melayan sebab malas nak solat).

5. Ibu-ibu yang nak bersalin pun, jaga-jaga, selagi belum bersalin (wiladah) anda wajib solat ya. Kalau sekadar contraction, itu bukan alasan tak solat. Minta bantuan suami dan nurse. (Hukum detail, saya serahkan kepada yang lebih arif untuk huraikan)

InsyaAllah, sebarkan semoga semakin ramai pesak1t yang terjaga ibadahnya di hospital.

Kredit; Kisah Zakat Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*