Tindakan ustaz uruskan jenazah muallaf dan tahlil di depan tokong sungguh menyentuh hati…

Dalam kegawatan tohmahan kepada orang Islam yang dilabelkan sebagai ras1s dan ant1 bukan Islam, tindakan guru agama ini amat mengharukan seluruh negara tanpa mengira bangsa. Ustaz Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi, Timbalan Mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) Port Dickson, mencatatkan pengalamannya dalam akaun Facebooknya…

Dalam menguruskan jen@zah seorang muallaf yang men1nggal dunia dalam keluarga yang semuanya belum Islam. Menurut ustaz muda ini, dia kehairanan melihat ambulan dan orang ramai termasuk jiran tetangga berkumpul di sebuah rumah yang dikenali sebagai keluarga Cina dan bukan Islam.

Beliau dimaklumkan bahawa telah berlaku kemat1an ke atas seorang mualaf yang hidup dalam keluarganya yang masih belum Islam. Pihak hospital pula memaklumkan mereka tidak dapat membawa jen@zah ini untuk diuruskan di hospital kerana men1nggal di rumah.

Keluarga tak tahu urus jenaz@h Muslim…

Ini menimbulkan kegawatan kepada keluarga si mat1 kerana mereka tidak tahu bagaimana mahu menguruskan jenaz@h Muslim. Ustaz Zuhdi yang kebetulan berada di situ bertindak segera meleraikan pemasahan ini. Dengan pertolongan tiga orang jiran berdekatan, mereka menawarkan diri menguruskan jenaz@h. Beberapa orang jiran lain datang kemudian membawa peralatan untuk kaf@n termasuk gunting, kain kaf@n dan kain batik lepas.

Ustaz Zuhdi dan jiran-jiran yang lain bertungkus lumus menyalin pakaian jenaz@h yang sudah men1nggal dunia semalaman. Jenaz@h kemudian dimandikan dan dikafankan oleh saudara-saudara seakidah yang tidak pernah dikenali seumur hidupnya.

Menurut Ustaz Zuhdi lagi, selepas siap dikaf@n dan diletakkan menghadap ke arah kiblah, pihak polis datang dan meminta jenaz@h dibawa ke hospital untuk bedah siasat kerana arw@h men1nggal dalam usia pertengahan. Perkara ini dimaklumkan kepada waris dan Ustaz Zuhdi berjanji bahawa mereka akan menguruskan jenaz@h selepas dibawa pulang ke rumah nanti.

Jen@zah terpaksa dibedah siasat…

Beliau yang keletihan pulang ke rumah untuk mandi, bersolat zuhur dan berehat. Tetapi beliau tidak senang hati memikirkan jenaz@h yang berada di hospital. Gerak hati guru agama yang dedikasi ini benar. Sebaik sahaja sampai ke hospital bersama beberapa orang jiran, mereka mendapati tiada seorang pun ahli keluarga yang menunggu jenaz@h.

Selepas selesai urusan hospital, Ustaz Zuhdi bertanya kepada ahli keluarga arwah sama ada mahu dibawa balik ke rumah dahulu atau terus ke masjid untuk disolatkan dan dikebumikan. Mereka meminta jen@zah dibawa ke rumah dan mahu disimpan beberapa hari untuk tatapan sanak saudara, mengikut kepercayaan dan budaya mereka. Ustaz Zuhdi yang faham dengan kekeliruan mereka menjelaskan bahawa dalam Islam jen@zah perlu disegerakan penggebumiannya. Mereka terima penjelasan ini dengan baik.

Namun untuk dibawa ke masjid dalam keadaan sudah jam 5.30 juga tidak sesuai, kerana tidak ada siapa di masjid untuk disolatkan. Lalu ustaz ini segera memutuskan untuk melaksanakan solat jen@zah saudara baru ini di hospital dengan beliau sendiri menjadi imam dan beberapa orang jiran dan pekerja hospital menjadi makmum. Waris arw@h menyaksikan dengan p1lu penghormatan terakhir yang diberikan oleh orang Melayu Islam yang tidak mereka kenali terhadap jenaz@h saudara mereka.

Keluarga turut ke perkub0ran…

Jenaz@h dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk memberi peluang kepada sanak saudara menjenguknya. Jiran-jiran yang mengetahui tentang kematian saudara baru ini rupanya sudah siap menunggu di rumah keluarga Cina ini. Pada jam 6.40, jenaz@h dibawa ke perkub0ran Islam dan waris si mat1 meminta izin untuk turut serta ke tanah perkub0ran jika boleh. Mereka dibenarkan.

Mereka menyaksikan kegigihan jiran-jiran Islam ini menguruskan pengkebum1an jen@zah. Menunggu hingga selesai talqin dan tahlil. Kemudian, adik ipar arw@h menghampiran Ustaz Zuhdi untuk meminta mereka mengadakan tahlil dan bacaan Yasin di rumah mereka.

Tahlil di depan Tokong…

Ustaz bersetuju. Malam itu, majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan di hadapan rumah mereka di hadapan tokong. Adik iparnya meminta untuk berada di samping Ustaz Zuhdi yang mengetuai majlis tersebut. Peristiwa ini, bersama gambar-gambar yang disertakan, saya baca selepas solat Subuh.

Sukar untuk saya tidak membayangkan kehormonian yang dicetuskan oleh Ustaz Zuhdi dan jiran-jiran yang lain. Juga bagaimana kasih sayang keluarga kepada saudara walaupun berlainan agama. Saya membaca kisah ini dengan dada yang seb@k dan mata yang berkaca. Lalu saya laporkan kembali kisah ini dalam penceritaan dan bahasa yang lebih kemas.

Sungguh, kita orang Malaysia tidak pernah ras1s, tidak ada sekelumit benc1 kepada bangsa dan agama lain. Jangan biarkan kesatuan ini diruntuhkan kerana kepentingan sesetengah pihak. Ditanya juga, mengapa pihak masjid atau surau tidak mengambil tanggung jawab ini, Ustaz Zuhdi menjawab, “x pelah, panjang cerita.” Benar kata ustaz ini di akhir hantarannya di FB,

“Rasanya banyak benda yg kita org Islam perlu muhasabah diri….. mungkin org jauh drpd Islam adalah kerana sikap kita sendiri…”

Dilaporkan semula oleh Ustaz Rohidzir Rais

Kredit; Ustaz Mohd Zuhdi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*