Tips kawal tekanan d@rah yang perlu anda cuba jika anda ada d@rah tinggi

1. ALHAMDULILLAH. Tekanan dar@h semakin baik sejak sebulan yang lalu. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya yg sangat berharga ini.

2. Saya mulai dapat mengesan masalah hypertens1on ini sejak 6 tahun yg lalu. Ia bermula apabila tekanan dar@h saya mencecah 160/90 secara tiba-tiba. Ia berlaku ketika saya masih berada di England.

3. Lalu saya mengunjungi klinik berhampiran rumah di Darlington, England. Selepas 3 kali ujian selama 3 minggu pihak klinik mengesahkan bahawa saya mengalami hypertens1on dan menasihatkan saya mengambil ubat.

4. Sejak itu, saya sangat berdisiplin mengambil ubat dan banyak membaca kajian dalam bidang sains perubatan berkaitan penyakit ini. Saya membuat kesimpulan bahawa saya perlu berjogging dan mengawal pengambilan garam.

5. Saya berjogging hampir setiap hari sejauh 5 km selama 45 minit. Berlari di stadium, taman tepi tasik dan juga kawasan perumahan setiap pagi. Jika saya sibuk pada waktu pagi saya akan berjogging pada waktu malam sebelum tidur.

6. Garam saya jadikan sebagai musuh tetapi tidak terlalu ketat. Segala makanan masin kegemaran saya, seperti telur masin, ikan masin / bilis etc semuanya saya hadkan.

7. Malangnya, tekanan dar@h saya tetap tidak menunjukkan hasil yg memuaskan. Hanya sekitar 140/90. Adakalanya melonjak 150/90. Jarang turun kepada 130/80.

8. Ini menyebabkan doktor klinik kesihatan di Kepala Batas menasihatkan saya mengambil ubat 2 kali sehari (2 jenis ubat) iaitu Amlodipine 5mg dan Perindopril Erbumine 4mg.

9. Saya semakin tertekan. Tetapi saya tidak mahu mengalah. Setiap penyakit tentu ada ubatnya.

10. Saya meneruskan jogging saya setiap hari 5km (45 minit), tekan tubi dan sit up. Di samping mengawal pengambilan garam. Beberapa tahun berlalu. Keadaan tetap tidak berubah.

11. Saya teringat kepada ayat Al-Quran:-
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوٓا

“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.” (Surah Al-A’raaf: 31)

Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini,

قال بعض السلف : جمع الله الطب كله في نصف آية : ( وكلوا واشربوا ولا تسرفوا )

“Sebagian salaf berkata bahawa Allah telah mengumpulkan semua ilmu perubatan / kedoktoran pada separuh ayat ini.”

12. Saya berpendapat bahawa saya perlu mencari di mana silapnya diet pemakanan saya.

13. Sehinggalah saya menemui beberapa artikel / kajian perubatan yang mengaitkan pengambilan gula dengan peningkatan insulin dalam badan menyumbang kepada hypertens1on.

14. Maka, bermula bulan lepas, saya menghentikan semua minuman manis. Saya biarkan yang manis hanya pada makanan semulajadi seperti buah-buahan.

15. Jika rindu sangat kepada minuman manis, saya hanya minum selepas kuliah subuh bersama ajk masjid 2X seminggu. Itu sahaja.

16. Pada waktu yg lebih kurang sama bulan lepas, adik saya Muhsin Abdul Ghani (MAG) menceritakan kepada saya pengalaman beliau mengambil minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil) telah menurunkan tekanan darahnya. Saya pun mengambil Extra Virgin Olive Oil (yg berkualiti, bukan yang murah) setiap pagi 3 sudu makan).

17. Maka bermula bulan lepas saya dapat melihat tekanan dar@h saya semakin turun. Ianya menjadi normal dan stabil. Setiap hari bacaan tekanan dar@h saya seperti ini, tidak mencecah pun 120/80. Systolic sentiasa sekitar 100-115, manakala Diastolic sekitar 63-75. ALHAMDULILLAH. Ini semua adalah rezeki Allah SWT.

18. Menambahkan kegembiraan saya, apabila doktor telah mencadangkan untuk memantau saya bagi mengurangkan pengambilan ubat. Beliau menyatakan bahawa ubat tidak boleh dihentikan secara mendadak, tetapi perlu beransur-ansur.

19. Nasihat saya, apabila kita diuji oleh Allah, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sentiasa berusaha, bertawakal kepada Allah dan baik sangka kepada Allah SWT.

NOTA: Ini adalah catatan pengalaman peribadi saya untuk manfaat bersama. Bagi sesiapa yg mempunyai masalah kesihatan, mereka tetap perlu mendapatkan nasihat / rawatan doktor / pakar perubatan yg berkelayakan

AHMAD JAILANI ABDUL GHANI
Pulau Pinang
11/9/2019.

Sumber; Ahmad Jailani Abdul Ghani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*