Ustazah Asma Harun – Saya Malu Dengan Bibik Tu…

Ada kawan saya datang ziarah, dia bawa anak-anak dan bibiknya sekali, kami leka borak sambil makan kueh yang dibawa kawan saya. Dalam jam 3.45 petang si bibik minta izin untuk ke tandas, saya tengok dia macam kelam kabut susah hati, dan lebih pelik kenapa dibuka tudungnya.

Rupa-rupanya si bibik tadi mahu ambik wuduk. Saya langsung tanya dia nak solat Zuhur ke, dia jawab nak solat Asar, lalu saya menjelaskan kepadanya bahawa waktu Asar lambat lagi, dalam 30 min lagi, fikir saya dia mungkin tersilap tengok jam.

Si bibik yang menjaga solatnya…

palembang tribune news

Kawan saya pun jelaskan, bibiknya itu 30 min sebelum masuk waktu dah siap sedia dengan wuduk untuk solat, dia akan mengulang² ayat “sekejap lagi saya mahu solat”, untuk ingatkan atau satu cara minta izin kawan saya. Lalu saya perhatikan selesai dia lengkap bertudung semula, si bibik keluar rumah sambil dukung anak yang kecil, kami sambung borak.

Kemudian dia masuk terburu-buru, katanya mahu solat. Diserahkan anak kecil dan terus ke sejadah. Rupanya dia berdiri di kawasan parking tu untuk menunggu suara azan..😢. Memang di rumah saya ni bila di luar baru kedengaran laungan azan.

Allahu Allah, sebelum balik saya peluk kuat si bibik yang umurnya hujung 40an, minta doakan supaya saya juga boleh jaga solat seperti dia. Berulang kali saya sebut, saya malu pada Allah, malu pada bibik, terima kasih Allah kerana menegur saya melalui bibik yang mulia ini.

Nilai seorang bibik di mata manusia mungkin rendah, boleh disuruh itu ini. Namun disisi Allah bibik ini sungguh mulia hingga Allah sangat suka untuk bertemu dengannya. Dibuka hati dan perbuatannya untuk tidak sabar² bertemu 5 kali sehari dalam simpulan kasih SOLAT.

Cukuplah solat menjadi ukuran keakraban hubungan kita dengan ALLAH. Sejauh manakah di dalam hati kita ini ada ruang untuk ALLAH.

Sumber; Ustazah Asma’ binti Harun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*