[Video] Pesanan Penting Toqqi PPIM Dalam Kempen BMF

PPIM telah menerima pelbagai kec@man daripada beberapa pihak yang cuba untuk memperlekeh dan menentang usaha kempen menyokong produk keluaran peniaga Islam atau Buy Muslim First (BMF) yang telah dianjurkan bermula sejak April lalu. 

PPIM tetap berpendirian teguh mengadakan kempen tersebut bagi memperkukuhkan ekonomi peniaga Islam dan menolak persepsi yang mengatakan usaha ini dianggap ras1s. Ikuti perkongsian daripada Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan dalam membahas isu ini. Bagi mereka ingin membantu & menyumbang kepada usaha Perjuangan PPIM, anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan PPIM dan juga membuat sumbangan kepada Tabung Perjuangan PPIM.

Untuk makluman, kami di PPIM pernah wujudkan direktori (laman web) peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata. Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi.

Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim. Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan pada link dibawah.

Sokongan anda membantu kami untuk terus berjuang demi membela Hak & Maruah Pengguna Islam di Malaysia. 
“Perjuangan Bersama Demi Pengguna”  Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran Sukarelawan atau sumbangan kepada Tabung Perjuangan PPIM:

Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/   https://www.ppim.org.my/
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline: 013-2262 444

Sumber; Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*