Ramly Burger; Dulu Bank Pun Tak Mahu Pandang, Kini Mereka Bukan Sediakan Pinjaman Tapi…

Burger Ramly punya annual sales lebih kurang RM 1  billion , profit at around RM 200mil . Dia punya terlampau power berniaga, investment banker datang office nak jadi part of the pie tiap hari.

Dia reject because he don’t need any funding . Facility yang dia bangunkan dekat Pulau Indah tu beratus juta punya facility juga lah . Capacity facility lama tak cukup dah .

Ada je melayu pandai meniaga tapi sifat orang kita yang bersederhana dia takdelah ambitious nak go listing and leverage on his asset to acquire more asset

Kadang2 bukan orang kita taknak kedepan lagi tapi sikap orang Melayu yang sentiasa bersederhana, bersyukur dan tidak tam@k menyebabkan kita tak nampak kejar sangat harta dunia. Kita boleh tengok benda ni dari sudut positif dan negat1f. Bergantung pada siapa yang melihatnya.

Kini kisah kejayaannya berlambak-lambak di media sosial dan ini adalah salah satu daipadanya..

Kisah Pengasas Ramly Burger Dari Tanjung Piandang, Perak

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.

Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.

Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.

Klik di sini untuk baca lanjut…

Kredit; www.orangperak.com &Najib Saahari

Kredi foto; iluminasi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*