Saya Saksikan Ramai Kesat Air Air Mata Saat Piagam Muafakat Nasional Dimeterai

Dari atas pentas Dewan Merdeka PWTC, saya lihat ramai yang mengesat air mata saat Piagam Muafakat Nasional ditandatangani oleh Presiden PAS dan Umno. Ada suatu kesan yang mendalam sukar diungkapkan dengan bait-bait tulisan dan kata-kata untuk menafsirkan kenapa banyak air mata tumpah di Dewan Merdeka pada hari ni.

Betapa telah puluhan tahun kita saling berselisih, berbeza pendapat, menghina, merendahkan, mend1skriminasikan dan menzalimi sehingga membawa kepada pertembungan kekerasan secara fizikal yang menatijahkan kita ummat Melayu Islam lemah dan berpecah. Sejarah ini sangat panjang untuk diimbas kembali.

Ada masa kita berbalah, tapi bukan berbalah sepanjang masa. Kita adik beradik yang sebangsa dan seagama. Sejarah yang telah lepas menjadi pengajaran sehingga akhirnya kita hilang maruah dan harga diri dan dipermainkan di bumi sendiri.

Cabaran besar sekarang ialah bagaimana untuk merealisasikan Piagam Ta’awun ini di lapangan. Ada luka lama yang perlu diubati. Ada yang terbiar perlu disantuni. Ada keputusan lama yang perlu diperhalusi. Ada yang jauh perlu didekati. Ada yang terasa hati perlu dikunjungi. Ada hak yang dinafikan perlu dikembali.

Semua ini adalah cabaran. Hari ini kita mencipta sejarah. Biarlah semua yang hadir menjadi saksi…

Sumber; Dr Azman Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*