Subhanallah, bilal rebah semasa angkat takbir solat sunat…

Bilal sukarela Masjid An-Nur Felda Teloi Timur, Ahmad Saad rebah selepas selesai azan solat Isyak, malam ini. Seorang jemaah yang mahu dikenali sebagai Muhammad Hafis berkata, Allahyarham rebah ketika selesai mengazankan solat Isyak kira-kira jam 8.30 malam tadi.

“Tadi sebelum azan, arw@h minta salah seorang daripada jemaah untuk azan. tapi jemaah berkenaan minta arw@h yang azankan.  “Arw@h pun pergi laungkan azan. Tapi, azan dia kali ini lain dari yang lain, tinggi suara dia,” katanya.

Sementara itu, Imam Masjid, Mokhtarizam Ishak berkata, arw@h rebah di hadapannya ketika mengangkat takbir solat sunat. “Saya pergi ke tempat arw@h. Saya dan jemaah lain ajar arw@h mengucap dua kalimah syahadah. Tidak sampai beberapa minit kemudian, beliau men1nggal dunia,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keperibadian Allahyarham Ahmad Saad, imam Mokhtarizam berkata, arw@h menjadi bilal secara sukarela dan selalu datang ke masjid tersebut untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu dan melaungkan azan. 

“Apa yang saya boleh cakap, arwah adalah seorang yang suka senyum selain daripada baik hati dan suka tolong orang lain,” katanya.

Jenaz@h Allahyarham Ahmad akan dikebum1kan pada jam 11 pagi esok di Tanah Perkub0ran Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah.

Sumber; www.ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*