Subhanallah, Pengasas RHB Bank, Tan Sri Rashid Hussain dan 3 Masjidnya

MULA-MULA dulu abam dapat tahu beliaulah yang mendirikan Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian kita dimaklumkan beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban dengan kos RM22.6 juta dan yang terbaru beliau mendirikan dan mewakafkan pula Masjid Sri Sendayan, yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Seremban.

Itu sumbangan beliau yang kita tahu, yang kita tak tahu Wallahualam. Semoga Allah memberkati insan ini, Tan Sri Rashid Hussein.

Kredit; Syahril A. Kadir

Dua insan hebat yang menjadi arketik bagi terbinanya Masjid tersergam indah di Bandar Sendayan.

1. Tan Sri Rashid Husin.

Pemilik RHB Bank merupakan seorang penderma yang mulia dan hebat orangnya. Kekayaan beliau diinfaqkan kepada ummah. Penulis mendapat khabar bahawa Masjid ini sahaja bernilai RM 200 juta++. Hebat reka bentuk menyamai rekabentuk masjid nabawi. Selain Masjid Baru Bandar Sendayan ini, Masjid Husin Seremban 2 juga adalah infaq dari harta jutawan Tan Sri Rashid Hussain juga.

 

2. Tok Mat.

Seorang pemimpin yang baik, hebat dan sangat banyak jasa kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Di zaman kerajaan UMNO BN la dengan idea dari Tok Mat dan dibantu kemuliaan hati Tan Sri Rashid Hussain, maka pembinaan masjid ini telah dapat dilaksanakan dan pada hari ini, solat jumaat pertama dan perasmian Masjid Bandar Sendayan telah dilaksanakan dengan baik.

Kehadiran kedua2 tokoh berjasa dan berbakti kepada ummah khusus penduduk Bandar sendayan dan amnya penduduk negeri sembilan pada hari ini sempena pembukaan Masjid sangat2 dinanti2kan oleh penduduk dan pengunjung.

Moga Allah menganugerahi kedua2 tokoh ini dengan limpahan rahmat, kebaikan dunia akhirat dan menjadi contoh teladan terbaik buat kita beramal jariah. Ya Allah, pelihara dan lindungilah Tan Sri Rashid Hussain dan DS Mohamad Hassan dari f1tnah akhir zaman dan terimalah amal kebajikan yang telah mereka lakukan kepada ummah.

Terimo kasih Tan Sri Rashid Husin.. Terima kasih Tok Mat.. Rakyat Nismilan dan Malaysia jadi saksi kebaikan ini diakhirat nanti.

Credit post: FB Tandiko Dalusin & TokmatPodcast

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*