Pesara guru sanggup jual rumah untuk bantu remaja bermasalah

Seorang pesara guru nekad jual rumah untuk buka rumah kebajikan kerana ingin menyelamatkan remaja yang tersalah memilih jalan hidup. Ummi Munaliza Ismail, 52, yang merupakan Pengurus Baitus Solehah berkata, dia mahu membantu remaja yang ditimpa masalah.

“Saya anggap membantu mereka yang bermasalah ini sebagai hadiah untuk saya mendapat pahala,” katanya. Kata beliau, Baitus Solehah sebuah rumah perlindungan wanita dan remaja yang terpedaya, teran1aya, dizal1mi dan terlanjur sebelum bernikah sehingga mengandung.

Beliau bersama suaminya, Dr Othman Napiah, 59, yang juga seorang pesara serta anak-anak dan menbantu menguruskan rumah perlindungan berkenaan yang ditubuhkan sejak Mei 2013. Menceritakan awal pembukaan rumah perlindungan itu, Ummi Munaliza memberitahu, ia berlaku secara tidak sengaja kerana beliau sendiri sebenarnya tidak pernah terfikir mahu membuka rumah perlindungan seperti itu.

“Sebenarnya saya aktif menulis blog sejak lapan tahun lepas dan kebanyakan penulisan saya lebih kepada isu semasa dan motivasi. “Daripada situlah, pada tahun 2012, seorang pelajar institut pengajian tinggi yang teraniaya hingga mengandung anak di luar nikah meluahkan masalahnya kepada saya.

“Saya bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang benar-benar tertekan hingga pada satu tahap mahu membun0h diri dan kebetulan pada ketika itu saya bersara awal sebab masalah kesihatan,” katanya. Beliau kemudiannya mengajak pelajar berkenaan tinggal bersama sehingga dia melahirkan zuriatnya dan bersyukur pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajiannya.

Ibu kepada 10 anak berumur 15 hingga 35 tahun itu berkata, bertitik tolak daripada situ, remaja dan wanita lain yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri, datang meminta bantuan kepadanya. “Kemudian, atas saranan dan sokongan suami saya membuka Baitus Solehah dengan rumah saya menjadi tempat tinggal mereka pada awalnya, sebelum kini saya turut menyewa tiga rumah lain.

“Sebenarnya, saya juga bukanlah seorang kaunselor tetapi bermula daripada seorang yang dibantu hingga lebih 300 remaja dan wanita berumur 14 hingga 30 tahun serta 191 bayi dilahirkan di sini, saya belajar sendiri sedikit demi sedikit proses menguruskan mereka,” katanya.

Wanita berkenaan memberitahu, niatnya bukan mahu menggalakkan budaya tidak sihat berkenaan, sebaliknya mahu membimbing mereka menjadi insan berguna. “Tidak dinafikan statistik remaja dan wanita yang mengandung di luar nikah semakin meningkat dan ramai yang terjebak dengan gej@la sosial.

“Niat saya hanya mahu membantu menangani kes yang berlaku supaya mereka dapat berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu,” katanya. Katanya, bermula jam 3 pagi hingga 9 malam mereka perlu mengikuti aktiviti yang disediakan termasuk kaunseling, pendidikan agama Islam serta latihan vokasional merangkumi jahitan, masakan dan kemahiran rumah tangga.

Menurut Ummi Munaliza, seramai 10 penghuni rumah berkenaan telah dikahwinkan dengan lelaki-lelaki yang datang sendiri meminang di Baitus Solehah. Beliau berkata, dana menguruskan rumah perlindungan berkenaan atas simpanan serta sumbangan orang ramai.

“Dianggarkan sebanyak RM15,000 kos operasi setiap bulan. Alhamdulillah banyak pihak datang membantu kami. “Cuma sumbangan tidak pasti ada atau sebaliknya, jadi terpaksalah saya dan suami guna duit pencen kami, malah pada awal pembukaan saya turut menjual rumah untuk mendapatkan dana operasi,” katanya.

Sumber; 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*