Luahan Rasa Seorang Pramugari Bersulam Air Mata Di Hadapan Ustazah Asma Harun

Satu hari dapat mesej seorang wanita yang tidak dikenali bersungguh ingin ziarah. Datang bersama ibu dan kakaknya. Bila borak tentang kerja, dia cakap takut nak bagitahu nanti ustazah mar@h, saya pun janji takkan mar@h, macam budak² gtu.

“Saya pramugari ustazah”, dengan serba salah dia bagitahu. Saya gelak kecil dan puji dia kerana datang dengan pakaian lengkap tudung labuh, stokin dan sarung lengan. Dengan bergel1nangan a1r mata, “saya memang tutup aurat di luar kerja, tapi bila kerja terpaksa…

“Sehingga hari ini permohonan dan usaha kami belum berhasil dalam menuntut hak sebagai pramugari muslimah”. Memang malu dan rasa berd0sa sangat, ketika kerja pakai baju dan skirt singkat ketat serta rambut terbuka. Saya bimbang kalau mat1 ketika aurat terdedah”.

Soalan mudah yang biasanya akan ditanya ialah kenapa tak tukar kerja? “Bukan mudah nak mencari kerja yang boleh menampung komitmen sedia ada, tapi saya faham konsep jika berk0rban sesuatu kerana Allah tentu akan dibantu Allah”.

“Namun, jika saya juga ambil langkah berhenti kerja, siapa yang nak perjuangkan pakaian patuh syariah, saya yakin suatu hari nanti bila suara makin ramai dan kuat, impian akan jadi kenyataan, demi generasi akan datang juga”. 

“Banyak kali jumpa pihak atasan, menyedihkan apabila yang menjadi penghalang utama orang islam kita sendiri, bahkan cuba menggagalkan usaha ini. Bagi sesetengah pramugari pula mereka tidak mahu wujud perbezaan kerana ingin kekal berpakaian begitu”.

“Ustazah, saya tetap jaga solat walaupun ketika penerbangan, saya usaha buat pelbagai kebaikan dan ibadah, moga Allah ampunkan dosa saya ketika mendedahkan aurat”.

“Saya selalu dengar ceramah ustazah sambil kerja berjam-jam, habis semua hingga ulang² yang sama, ceramah didownload siap² dan guna earphone, kadang 6 jam berterusan, berhenti sekejap bila ada tugas”.

Lalu dia menyebut beberapa isi kandungan ceramah, sangat terkejut kerana dia hafal banyak sekali, bahkan saya kata puan dah boleh gantikan saya ceramah…

“Ustazah, Biasanya saya akan sampaikan pula pada kawan², paling takut tajuk tentang kematian, alam barzakh, tanda kiamat, dajjal, dll. Semua plot turutan tanda² besar kiamat dihafal, ramai penceramah saya dengar”.

Sebenarnya bukan suatu yang mustahil untuk pramugari dibenarkan bertudung… Ini pramugari asal Malaysia yang bertugas di syarikat penerbangan Timur Tengah

SubhanAllah, jujurnya saya sangat kagum dan malu dengan beliau. mereka berjuang mencegah kemungk@ran di lapangan sebenar, sedangkan saya hanya selesa menyampaikan dakwah. Apakah lintasan hati kita bila melihat pramugari dengan pakaian seks1? kasihan, mencemoh, atau doakan kebaikan ?

Doakanlah yang baik² apapun kemungk@ran di hadapan mata, jika mereka berubah kerana asbab doa kita, tanpa sedar ada catatan pahala berterusan dan dibalas dengan doa para Malaikat untuk kita. SubhanAllah, tiba² pandangan saya sedikit berubah, daripada terus menasihatinya untuk memilih kerja yang lain, saya doakan sungguh² supaya usahanya akan dipermudahkan Allah.

Namun turut berpesan supaya jangan rasa seronok atau redha memakai pakaian tersebut, dalam masa yang sama teruskan usaha mencari sumber rezeki yang barakah, bimbang kemat1an dulu yang datang. Allah Maha mengetahui apa yang ada di hati kita.

Dia mohon juga kepada para pendakwah lakukan sesuatu, kerana itu saya menuliskan ini, moga mesej ini akan sampai kepada pihak berkenaan. @Air Asia @Malaysia Airlines. Moga Penerbangan Air Asia dan Malaysia Airlines bertambah maju dan pekerjanya diberikan hak asasi manusia dengan adil.

Marilah kita mendoakan semoga di suatu hari nanti, syarikat penerbangan Malaysia memberi ruang dan peluang kepada pramugari muslimah kita untuk memakai pakaian indah patuh syariah.

Sumber; Asma’ binti Harun

Kredit Foto; mynewshub.tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*