Subhanallah, Kisah HEBAT Millionaire Syeikh IR Solah Atiyyah – “Allah Sebagai Rakan Kongsi”

Seorang millionaire Mesir bernama Solah Atiyyah…

Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di satu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf. Iaitu pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Kisahnya bagi saya amat menarik sekali.

Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengk@m hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat satu pekerjaan.

Maka mereka memilih untuk menternak ayam sesuai dengan kemahiran yang mereka ada tetapi…. Mereka mencari orang yang ke sepuluh untuk di jadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan. Maka, tunggu punya tunggu orang kesepuluh masih belum muncul juga.

Lalu mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt. Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound atau junaih mesir ini teramat amat sedikit sebenarnya. Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan.

Tiba tiba datang salah seorang dari sahabat yang 9 orang ini yang bernama Muhandis Ir Solah Atiyyah dan beliau berkata, aku sudah temukan orang yang ke sepuluh yang bakal join kita punya syarikat. Maka sahabat2 nya bertanya, siapa dia ???

Rakan kongsi ke sepuluh…

Maka Solah Atiyyah pun berkata, Dia adalah Allah. Allah akan jadi yang ke sepuluh yang akan campuri urusan perniagaan kita. Jika ada keuntungan, 10 % peratus kita beri pada allah. Dan kita sepakat untuk biarkan Allah uruskan syarikat kita. Menjaga, melindungi, dan berikan keamanan daripada dugaan. Maka semua bersetuju dengan janji ini.

Maka surat perjanjian pun ditandatangani. Dengan menjadikan Allah yang ke sepuluh dalam syarikat ini. Dan 10 peratus dari keuntungan ini adalah hak milik Aallah. Dan sebagai ganti, Allah menjaga segala apa apa yang berkaitan dengan keamanan keuntungan syarikat, maka selesai ditandatangani di bulan itu.

Maka, pusingan modal yang pertama itu. Menghasilkan keuntungan yang sangat besar. Masuk pusingan modal yang kedua, semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah. Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan. Sehinggalah mereka menaikan peruntukkan untuk Allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan.

Bagaimana peruntukkan untuk Allah digunakan?

Di sini ada persoalan, bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang diberi kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah? Dengan cara, mereka membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak-kanak lelaki. Kemudian mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak-kanak perempuan.

Kemudian mereka membina maahad untuk peringkat rendah bagi lelaki. Kemudian mereka membina sekolah maahad rendah bagi perempuan. Kemudian mereka membina maahad peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan.

Kemudian, disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada hasil bisnes. mereka pun mula mencipta baitul mal untuk membantu orang2 susah. Kemudian mereka mula memikirkan untuk membina sebuah universiti di dalam kampung itu.

Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan. Tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah. Dan tidak ada station keretapi untuk menghubungkan mana mana tempat dgn mudah dan kebiasaannya kuliah universiti mesti lah di bandar besar bukan di kampung.

Masya Allah, anda pasti terkejut dengan keputusan mereka ini…

Disebabkan tiada orang yang mahu berkerja di universiti yang di bangunkan. Mereka pun berfikir untuk membina sebuah station keretapi yang memudahkan orang untuk datang ke kampung itu. Dan mereka pun membuka peluang kerja ini kepada siapa yang mahu.

Dan untuk pertama kalinya, dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah universiti di dalam satu kampung yang kecil. Dan universiti daripada satu bertambah besar jadi dua tiga empat. Kemudian mereka membina perumahan untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar. Dan mereka membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000 orang pelajar. Dan mereka berjaya membuat station keretapi. Sehinggakan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung.

Mereka berjaya membina baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu. Kemudian mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung2 berhampiran. Sepanjang kerja ini berjalan. Sekali pun Syeikh IR Solah Atiyyah tidak menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di baitul mal yang dicipta oleh mereka. Dan IR Syeikh Solah bekerja di situ. Maka mereka dapat membantu orang2 fakir, janda janda orang2 yang tidak punya pekerjaan, diberi peluang kerja sehingga punya kerja.

Kemudian, mereka dapat mengagih2kan makanan berupakan sayur sayuran bijirin2 hasil dari keuntungan. Diberi kepada masyarakat yang memerlukan atau yg tidak memerlukan. Kemudian pada bulan Ramadan, mereka membuat iftar majlis berbuka puasa secara beramai ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang.

Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan2 anak anak yatim. Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang dilakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah Syeikh Solah Atiah. Dan yang terakhir, semua bersepakat yang semua syarikat ini adalah milik Allah.

Yang mana Ir Solah Atiyyah ini telah menukar daripada asalnya Allah adalah rakan kongsi yang ke sepuluh dan akhirnya mereka menyerahkan sepenuhnya jiwa mereka untuk berkhidmat pada Allah membantu ummat tetapi mereka meletakkan syarat pada Allah. Agar semoga Allah tidak memberikan mereka kefakiran.

Kisah2 ini tidak diceritakan dalam media2 tempatan. Dan pada hari ini, Ini lah gambar jenaz@h Ir Solah Atiyyah yang telah pun kembali ke rahmatullah. Semoga Allah menerima segala daganganmu wahai Syeikh IR Solah Atiah. Al Fatihah.

Kredit; Shah Al-Munzir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*