Ini jawapan terhadap segala cacian saya terima selama ini kerana jadi saksi 1nkues – Narresh

Beliau satu-satunya orang yang meriba dan memangku arw@h Adib ketika anggota bomba itu sedang naz@k. Bersama-sama bekas anggota komando, Hafarizan yang kebetulan lalu di ku1l berkenaan, mereka berdualah mengejarkan Adib ke hospital. Dan beliaulah yang mengesan tapak kasut di tubuh arwah.

Selepas dipanggil memberi keterangan pada inkues itu, beliau menerima pelbagai kata cac1an dan t0hmahan kerana kononya ‘b1as’ namun beliau yang juga anggota sukarelawan JPA itu tabah menghadapi cerc@an daripada pelbagai pihak. Saya pernah menemu bual Narresh. 

Hari ini saya dapat berbual singkat dengannya. Jawapannya pada saya ringkas saja: “Abang Syahril, keputusan mahkamah ini adalah jawapan pada cac1an yang saya terima selama ini”. Salute buat Narresh Rajandran Pillai!

EKSKLUSIF: Ini jawapan terhadap segala cacian saya terima selama ini – Saksi

“Selama ini saya menerima cac1an dan h1naan kerana kononnya ‘b1as’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut,” kata R. Narresh.

Beliau adalah salah seorang saksi utama pros1ding 1nkues mencari punca kemat1an anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Pada hari kejadian, Narresh adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat serta mengusung Adib yang ketika itu sedang dalam kesak1tan ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda dan memangkunya hingga sampai ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketika pros1ding inkues pada Februari lalu, Narresh mengejutkan ramai pihak apabila  mendedahkan yang beliau terlihat kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan Allahyarham pada malam rusuhan berkenaan. “Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil, ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira.

“Saya menyambut baik keputusan yang dibuat Mahkam@h Kor0ner dan menyifatkan hakim telah mempertimbangkan semua keterangan dengan tanpa b1as kepada mana-mana pihak. Saya percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, bukan saya seorang sahaja yang dipanggil dalam 1nkues itu.

”Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya,” kata Narresh.

Baca lanjut di pautan di bawah…

EKSKLUSIF: Ini jawapan terhadap segala cacian saya terima selama ini – Saksi

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*