Rakan Dedah Bagaimana Ravi Alangendran, Bekas CEO Rayani Air Menggapai HIDAYAH

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di Balai Islam Lundang, di sini kelmarin. Keputusan Ravi Alagendran Abdullah itu didedahkan oleh rakan baiknya iaitu Syed Mohd. Amirrudin Syed Alwi. Syed Mohd. Amirrudin mendedahkan, Ravi memperoleh hidayah untuk memeluk Islam menerusi mimpi.

“Sebelum itu dia banyak berkawan dan bergaul dengan orang Islam. Dari situlah timbul perasaan untuk mendekati Islam selain diberikan hidayah oleh Allah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Syed Mohd. Amirrudin turut mengakui tindakan Ravi memperkenalkan penerbangan patuh syariah merupakan salah satu usahanya selepas tertarik dengan ajaran Islam.

Katanya, Ravi kemudian banyak membaca dan belajar berkaitan dengan Islam selain mendengar ceramah-ceramah pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik. “Sejurus memeluk Islam, hari ini Ravi Alagendran berkahwin dengan warga Indonesia Uci Indah Sari, 23,” ujarnya.

Baca lanjut di pautan di bawah…

Bekas CEO Rayani Air peluk Islam

Sumber; kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*