Wanita Tua Pembawa Air GRM Umpama Srikandi Nusaibah, Pembela Rasulullah ﷺ

Semalam seorang sahabat bercerita kisah tentang wanita tua pembawa air di The Gre@t Return M@rch (GRM), Ghazza. Wanita tersebut pada hari-hari awal GRM selalu membawa beberapa botol air ke perarakan aman tersebut, tetapi tidak membenarkan orang di sekelilingnya minum.

Malah beliau akan membawa air ke barisan paling hadapan, lalu disua kepada para pemuda yang berada paling dekat dengan pagar pemisah. Airnya hanya untuk mereka yang beraksi di saf paling hadapan. Rutin ini berterusan dan apabila melihat tentera penjaj@h tidak mengganggu atau menemb@k ke arahnya, beliau menjadi semakin berani.

Minggu berikutnya, beliau membawa tong air yang lebih besar, dengan muatan 5 liter, lalu beliau bersama anaknya menjinjing tong ke barisan hadapan untuk membasahkan tekak para peserta perarakan yang kering. Semakin lama beliau semakin berasa selamat dan selesa, lalu dibawa pula tong besar dengan kapasiti 50 liter dan diletakkan berdekatan sempadan, diisi dengan air dan disediakan cawan plastik untuk para pejuang menghilangkan dahaga.

Di kepalanya, diikat kain yang bertulis ‘Harga segelas air ialah selawat ke atas Nabi ﷺ’.

Kisah beliau mengingatkan kita kepada kisah perjuangan Sahabiah di zaman Rasulullah ﷺ, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah dalam Per@ng Uhud bertugas sebagai pembawa air untuk para mujah1din; beliau berlari ke sana ke mari memastikan para pejuang tidak kehausan dan mampu meneruskan peper@ngan.

Sehinggalah satu ketika beliau melihat Rasulullah ﷺ mula dikepung, lalu dengan segera beliau menghun0s ped@ngnya dan meluru menyelamatkan batang tubuh Baginda ﷺ daripada terjahan mus0h. Ped@ng dilibas kiri dan kanan dengan penuh berani sehingga 13 orang musyrikin mat1 atau ceder@ disebabkan olehnya.

Sungguh, sejarah bangkit jatuh Islam berputar, dan ia tidak akan ketandusan para pejuang yang ikhlas berbakti di segenap lapangan. Soalnya, di mana kita dalam putaran sejarah? Jom share sebagai inspirasi untuk wanita-wanita hebat di luar sana!

Sumber; Nadir Al-Nuri

Gambar hiasan : Sami Abu Tabak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*