Wow! Coretan Ini Sungguh ‘POWER’; Perginya ADIB, Mengajar Kita…

Perginya Adib mengajar kita bahawa kemanusiaan itu merentasi perkauman. Kita melihat bagaimana seorang India bernama R Narresh yang tak pernah kenal Adib sepanjang hidupnya mengambil r1siko diugut, ditud0h berboh0ng dan terpaksa bersendirian sepanjang proses inkues semata mata untuk menegakkan keadilan kepada alm@rhum.

R.Narresh…

Kita melihat bagaimana sepanjang tempoh keterangan sebagai saksi, berkali-kali lelaki berfizikal besar ini menahan air mata menceritakan pender1taan Adib pada saat-saat akhir kehidupannya.

Ramai yang tidak tahu, pada hari pengkebum1an Adib, R Narresh telah menaiki bas di KL Sentral pergi ke Kedah dan kemudian menukar bas pergi ke Masjid Kampung Tebengau – hanya berpandukan keratan berita semata-mata untuk memberikan penghormatan akhir kepada arw@h.

Ramai tidak tahu bahawa seorang lagi saksi bernama S Suresh sangat t@kut memberikan keterangan kerana anc@man di media sosial. R Narresh lah orangnya yang memujuk dan memberi kekuatan kepada Suresh agar membantu siasatan.

Lawyer Syazlin Mansor…

Kita juga ada Melayu bernama Syazlin Mansor yang membantu keluarga Adib secara pro bono (tanpa caj) walaupun ditekan oleh seorang India bernama Tommy Thomas. Bagi mengelakkan masalah lanjut, suaminya meletak jawatan sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT agar sang isteri dapat terus berkhidmat tanpa gangguan.

Tetapi kita juga ada peguam Melayu rambut karat yang mempersoalkan kenapa kuil tidak dipanggil di dalam inkues. Walhal, inkues ini bertujuan mencari punca kemat1an. Bukan mencari punca rus0han. Kalau punca rus0han, Ganabatirau dan Waythamoorthy pun kena bagi keterangan.

Kita juga ada ahli ahli politik yang mengambil kesempatan. Kononnya mereka dahulu sebenarnya mahu menegakkan keadilan. Hari ini barulah ada yang galak upload gambar bersama Alm@rhum sebagai sokongan. Mana mereka semua ketika keluarga Adib hidup tertekan? Padahal merekalah yang selama ini menud0h tuntutan keadilan kepada Almarhum bersifat perkauman.

Perginya Adib mengajar kita erti kemanusiaan. Bahawa kemanusiaan itu merentas sempadan. Bahawa dengan wujudnya India gagah seperti Narresh dan Melayu hebat seperti Syazlin maka negara kita masih mempunyai masa hadapan. Mereka berdua adalah rakyat yang negara ini perlukan.

Sumber; Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Kredit foto; Free Malaysia Today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*