Alhamdulillah, Bisnes Usahawan Muslim Meningkat Berganda Kerana Kempen

Kempen Bel1 Pr0duk Muslim berjaya membuahkan hasil apabila penjualan barangan usahawan Bumiputera muslim meningkat secara mendadak, kata Pengerusi UM MAH Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat. Beliau berkata, sejak hampir sebulan diadakan, UM MAH Pulau Pinang telah mendapat respon yang positif daripada para usahawan dan pembeli.

“Kesedaran masyarakat begitu tinggi yang mana jualan produk meningkat secara mendadak. Salah seorang usahawan yang bernaung di bawah Group B MF UM MAH Pulau Pinang, Telur Masin Al Qamar Tokchu mengakui jualannya meningkat.

“Sejak kempen B MF, jualan telur masin meningkat dari 6,000 biji ke 12,000 biji sebulan. Peningkatan berganda ini sangat memberangsangkan. “Atas sebab ini UM MAH menasihatkan usahawan supaya lebih bersedia dengan prasarana yang secukupnya untuk mendepani momentum berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Akhir memberitahu, satu memorandum persefahaman (MOU) akan ditandatangani bersama pihak aplikasi perisian ABATA dan perbincangan juga sedang diadakan dengan beberapa agensi serta institusi pendidikan untuk turut serta.

“Setakat hari ini kami berjaya mengumpul pangkalan data lebih 600 orang usahawan dan mereka akan dipanggil dalam satu sesi khas Kempen Tahap 3 bulan Oktober nanti. “Sebagai negeri pertama pelancaran kempen B MF, kami berharap ianya terus menjadi pencetus kejayaan kepada negeri-negeri yang lain. 

“Setakat ini 5 negeri telah membuat pelancaran dan akan disusuli lagi oleh negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang mana jika tiada halangan Menteri Besar dan Mufti sendiri akan turun membuat perasmian,” katanya.

UM MAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Membel Pr0duk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini. Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Sumber; www.ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*