Bekas CEO Rayani Air Yang Baru Bersyahadah Pohon Doa Agar Isterinya Terbuka Hati Untuk Peluk Islam

Subhanallah, bekas CEO syarikat penerbangan pertama Malaysia yang membenarkan pramugarinya bertudung, Ravi Alagendran Abdullah telah memuat naik yang sungguh menyentuh hati netizen Muslim apabila menyatakan bahawa isterinya yang masih belum Muslim bakal melafazkan syahadah dalam masa terdekat.

Beliau yang berumur 52 tahun mengharapkan DOA seluruh rakyat beragama Islam agar impiannya untuk melihat isteri tercinta turut memeluk agama Islam menjadi kenyataan. Beliau turut berharap agar usahanya ini akan mendapat sokongan daripada masyarakat Muslim di Malaysia.

Bersama isteri tercinta, Dato Karthiyani Govindan…. InshaAllah, beliau akan bersama saya dalam masa terdekat. Mohon Doakan yang terbaik di samping saya memerlukan sokongan padu semua Saudara Muslim di Seluruh Malaysia untuk tujuan ini sesuai dengan seruan Nabi Mohammad S.A.W untuk menyebarkan ajaran Agama Allah. Doakan Saya. Amin Ya Allah..

Wahai para netizen yang budiman, mari kita penuhi hajat saudara kita ini… Angkatlah kedua belah tanganmu, pohonlah agar hidayah Allah menjentik tangkal hati isterinya untuk kembali kepada agama fitrah, satu-satunya agama yang BENAR di sisi Allah. Aamiiiin…

Tiadalah kegembiraan yang paling besar bagi beliau jika seorang wanita yang bergelar isteri yang telah menghabiskan bertaahun-tahun untuk hidup bersama berkongsi segala suka dan duka dapat kembali bertaut di bawah kalimah tauhid لا إله إلا الله محمد رسول الله…

Sumber; RayaniAir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*