UHUD, Bukit Yang Akan Berada Di Syurga…

Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di syurga, maka ziarahlah ke Jabal Uhud. Nabi ﷺ bersabda, “Jabal Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga…” – HR Bukhari-

Di lembah gunung ini pernah terjadi pertemp0ran besar antara peju@ng Islam dan kaum kaf1r Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriah (625 Masehi) yang mengakibatkan 70 pejuang Islam mat1 syah1d. Suatu ketika, Rasulullah ﷺ sedang bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Uthman bin Affan RA., ketika mereka berempat berada di puncak, terasa Jabal Uhud bergetar.

Lalu, Rasulullah ﷺ kemudiannya menghent@akkan kakinya dan berkata, “Tenanglah wahai Uhud. Di atasmu sekarang ialah Rasulullah ﷺ , seorang siddiq dan dua orang yang akan syah1d kelak.” Tak lama kemudian, Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah ﷺ.

Sumber; Yuhanis Azam

Bukit Uhud ini sesungguhnya mempunyai kedudukan yang mulia dalam Islam. Bukit yang panjangnya 6 km ini banyak kali disebut oleh Rasulullah ﷺ di dalam hadis baginda ﷺ; yang pertamanya Rasulullah ﷺ sebut sebagai bukit yang sayang kepada kita dan kita sayang kepadanya…

Yang keduanya, pahala solat jenazah akan mendapat pahala 1 qirat, di mana 1 qirat itu sebesar Bukit Uhud. Dan yang ketiga ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani, daripada Anas bin Malik ‘ Rasulullah ﷺ berpesan kepada Muaz bin Jabal;

‘Wahai Muaz nak tak jika aku ajar kepadamu satu doa yang jika kamu berdoa dengannya, walaupun hutang sebesar Bukit Uhud (6 Km panjang), Allah Ta’ala akan selesaikan hutang tersebut? Kata wahai Mu’az… (doanya seperti di bawah)

Mari tonton video…

sumber; Dr Abu Anas Madani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*