Kisah Benar; Lelaki Perguna Isteri Kerja Gomen Untuk Buat Loan Bagi ENJOY

Kisah benar dari meja cik puan pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.

Pernah handle satu kes loan seorang nurse. Yg hantar application adalah si suami. Isteri dukung anak diam di belakang. Selang 4 hari si isteri whatsapp saya mintak tolong supaya loan tu jgn diteruskan. Sy tanya kenapa? Dia cuma kata, sy tak nak buat loan tu. Tolong tarik balik.

Kemudian si suami pula call office utk tanyakan status. Kami yg urus loan ni semakin pelik, jd sy kata application dah dibatalkan sbb ada request utk cancel. Si suami kata, nanti dia ckp dgn wife dia. Tolong proceed utk process. Tujuan loan dibuat sbb nak beli super bike dlm harga 86k.

Masuk minggu seterusnya isterinya contact sy dan mintak untuk jumpa. Sy jumpa si isteri di luar. Merayu2 pada sy mtk tlg. Katanya tlg kesian pd dia. Si suami tak pernah tanggung beri nafkah utk dia & anak2. Pernah diceraikan & si suami dtg balik utk rujuk dgn alasan anak masih kecil.

Dia terima semula sbb keluarga mertua pujuk. Tp masih sama. Dan katanya, hutang rumah dia tanggung, hutang personal loan dia tanggung, dan kini hutang motor pula. Dia kata klu kesian kat sy, tlg bgtau pd suami dia, loan ini reject dr bank.

Kasihan pd wanita ini, sy buat seperti diminta… Dan seperkara lg, si suami ada wanita lain. Katanya dia tahu yg suaminya ada perempuan lain. Sudahlah si isteri tak diberi nafkah. Guna nama isteri utk tujuan & kesenangan diri sendiri.

Suatu hari si suami menghubungi hp sy, minta sy masukkan permohonan loan itu ke koperasi pula. Sy ckp bank dah reject. Klu masuk koperasi kemungkinan juga akan reject. Sbb syarat koperasi juga lebih kurang bank. Jd dia mcm dah kecewa. Sy save nombor si suami utk data pelanggan dan apabila sy check whatsapp, terpampang gambar si suami dgn perempuan lain dgn mesra berpeluk.

Aiii… ni bong0k ke apa mamat ni!! Dah terang2 wife dia sy kenal. Oleh kerana si lelaki telah dgn tidak sengaja kant0i yg dia mmg cur@ng. Maka permohonan itu sy lupuskan. Si isteri hubungi sy & mengucapkan terima kasih. Suaranya seb@k & kedengaran seperti mencari kekuatan.

Duhai lelaki, wanita itu utk kau tanggungi nafkahnya. Utk kau berikan kasih sayang & menjaga maruah serta keselamatannya. Bukan utk kau jdkan hamba & bibik di rumah. Malah kau bebankan dgn hutang. Awek2 gomen.. sila berhati2. Jadikan kisah puan nurse ini sebagai pengajaran.

kredit: Eira Prislla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*