Subhanallah, betapa INDAHnya… RINDU dan CINTA lelaki Albania ini kepada Rasulullah ﷺ

Amir Zarith‎

Subhanallah, betapa INDAHnya CINTA & RINDU ini…

Seorang Ustaz dari Turkey menceritakan….

“Empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang…  Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerk@m menangkap dan memberk@snya. Pemuda itu menjeri1t minta dilepaskan.

“Saya bukan penjenay@h. Saya bukan pencur1. Kenapa tangkap saya?”

Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya. Dialah anak muda yang sering menangis di maq@m Rasulullah ﷺ. Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis.

Kas1han melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangk@pnya, “Budak muda ini tak ada masalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?” Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.” Saya kata, “Tapi apa masalah budak ini? Adakah dia mencuri?”

“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat maq@m Rasulullah ﷺ. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.

Maqam Rasulullah ﷺ. kredit foto; afaisalmarzuki.blogspot.com

“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya. “Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.” Budak itu menang1s. Dia merint1h, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencur1. Saya tidak akan buat jah@t. Saya tinggal di sini HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH ﷺ.”

Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!” Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata, “Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum dibawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah maq@m Rasulullah ﷺ. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”

Di bawah kubah inilah terletaknya maqam Rasulullah ﷺ. Kredit foto; Konsultasi Syariah

Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullahﷺ .” Lantas budak itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,

“Wahai Rasulullahﷺ . Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulullahﷺ . Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.”

“Akan tetapi ya Rasulullah ﷺ, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulullah ﷺ. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku. Kenapa kau tidak masuk campur… Kenapa kau tidak masuk campur….”

Dengan kata-kata itu, budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai. “Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis. Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi. Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherd1k, “Bangun wahai pen1pu!”

Budak itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya. Namun tiada sebarang reaksi. Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mat1. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukvl dia sampai mat1. Ambulan dipanggil.

Pasukan perubatan masuk dari pintu 7. Setelah diperiksa, didapati budak itu telah mat1 sejak 15 minit lalu. Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap budak itu.

“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah ﷺ….” Ambulan terus membawa jenaz@h itu ke tempat pemandian jenaz@h di tepi Baqi’. Saya mengikutinya. Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenaz@h berkenaan.

Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berd0sa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenaz@hnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami.”

Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah ﷺ. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat m@ut segera menjalankan tugasnya. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya budak muda Albania itu. Aamiin Allahumma Aamiin…

sumber; Amir Zarith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*