Islam Mengajar Majikan Supaya Tidak S0MB0NG Dan ANGKOH

1. Berita Harian melaporkan tentang sebilangan pekerja FoodPanda yang melancarkan pr0tes dan m0gok terhadap skim pembayaran baharu yang dikatakan tidak adil buat mereka. Manakala kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan FoodPanda, Sayantan Das pula dilihat sebagai @ngkuh seperti yang dilaporkan media. (Berita Harian)

2. Dalam Islam, Rasulullah ﷺ menegur majikan yang angkuh bahkan bersikap lewa tentang urusan gaji atau upah pekerja. Sabda Rasulullah ﷺ:

أَعْطُوا الْأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ ” رواه ابن ماجه. وصححه الألباني

“Bayarlah upah (gaji) pekerja kamu sebelum keringnya peluh mereka.” (HR Ibn Majah, dinilai Sahih oleh al-Albani).

3. Malah dalam hadith yang lain, majikan yang menganiya pekerja mereka dengan tidak memberikan bayaran yang setimpal akan dimus0hi oleh Allah pada hari kiamat nanti. Menurut Rasulullah ﷺ, terdapat tiga golongan yang akan dimus0hi oleh Allah pada hari akhirat kelak termasuklah:

وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِه أَجْرَهُ “

“Lelaki (majikan) yang meminta pekerjanya melakukan sesuatu, namun setelah pekerja tersebut menyempurnakan kerja tersebut, lelaki (majikan) tersebut tidak memberikan upah (gaji) kepada mereka. (HR al-Bukhari)

4. Dalam keadaan sebegini, majikan hendaklah berlaku adil dan memikirkan kebajikan yang disuarakan oleh pekerja. Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan majikan tersebut, bolehlah mereka mencari majikan yang baharu yang bersikap adil dan menjaga kebajikan para pekerja.

5. Barangkali majikan yang angkuh boleh juga dinasihatkan oleh pengguna dengan tindakan mereka secara berhemah.

Mari bantu usahawan Muslim. Teruskan kempen sokong produk Muslim.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*