Kesejukan Yang Membunoh Anak2 Syria; “Ada Aku Kesah?”

Genap hari ke 14 Winter Mission Cinta Syria Malaysia dilancarkan dan ianya disambut dengan sendu sedan. Ini adalah misi kami yang ketujuh. Bermaksud, sudah 7 tahun berturut-turut kami masuk ke dalam dunia sejuk menggila mereka untuk membantu sekadar yang termampu.

Kami teringat ketika masih berada di tahun 2 pengajian di Jordan. Terpampang satu berita kemat1an seorang bayi Syria kerana kesejukan melampau. Dan jarak kami dengan anak itu hanyalah beberapa kilometer sahaja. Ia sangat menyakitkan hati.

Sejak hari itu aku tekad. Jika sejuk itu sehingga ke tahap membun0h mereka, kami juga wajib berani untuk memberikan segala-galanya termasuk ke zon perang di Syria untuk menyampaikan amanah daripada kalian. Jumlah sumbangan masih perlahan, setakat semalam berjumlah RM39,656.86. Masih jauh untuk mengejar sasaran RM1,000,000 yang diletakkan. Kami akan bertolak ke sana kurang tiga bulan dari sekarang.

Yang kami perlukan sekarang ialah sumbangan dari pihak kalian. Tak kiralah RM1, RM3, RM10. Kami terima sahaja. Ia untuk pendidikan, pek makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia, Maybank : 562834640983. Email maklumat sumbangan kalian ke: cintasyriamalaysia@gmail.com

Sumbangan secara atas talian di – https://cintasyriamalaysia.com/donations/wintermissioncsm/ Ataupun sekurang-kurangnya SHARE posting ini supaya sampai kepada lebih ramai orang. Ini adalah gambar seorang anak Syria berusia 6 tahun yang syah1d akibat sejuk melampau di Lebanon.

Sumber; Musa Nuwayri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*