GEMP4R! 2 Adun D4P Dikaitkan Dengan LT TE Ditahan Di Bawah Akta S0SMA

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan pihak polis selepas dipercayai terbabit dalam upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LT TE). Mereka dis1asat kerana dipercayai ada hubungan dengan LT TE, kumpulan pemisah yang terbabit dalam per@ng saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan ADUN kawasan Gadek ditahan dan digar1 di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini. Manakala ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman pada pagi ini, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.  Laporan penahanan Exco Melaka itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Menterinya, YB Adly Zahari, lapor BH Online. 

“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan s1asatan.

“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung t@ngkapan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy juga dilaporkan mengesahkan penahanan mereka. LT TE adalah kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengg@nas oleh beberapa negara.

Sumber; ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*