[Video] Utusan Tutup; Suami Isteri Terpaksa Jual Minyak Wangi Tepi Jalan

Lelaki yang sedang menjual pewangi di tepi jalan ini bukan biasa-biasa. Suatu ketika beliau adalah pemenang anugerah kewartawanan paling berprestij di Malaysia, Anugerah Kajai. Isterinya, seorang jurufoto, juga dari akhbar yang sama.

Oleh kerana operasi Utusan Malaysia diberhentikan, kedua-dua mereka terpaksa mencari jalan demi meneruskan survival mereka dan anak-anak. Saya amat kagum dengan usaha dan kecekalan mereka walaupun terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang sangat besar dalam hidup ketika ini. Mereka langsung tidak melatah, apatah lagi menyalahkan takdir.

Mereka bangun berusaha demi mencari rezeki yang halal tanpa mengharapkan belas ehsan sesiapa. Boleh support mereka dengan buat pembelian di https://shopee.com.my/product/64482555/4500826439/… Kepada mereka yang di luar sana, inilah realiti dan nasib yang sedang menimpa pekerja media di negara kita.

Doa saya bersama mereka.

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*