Naim, Alangkah Indahnya Pengakhiran Hidupmu, Inilah Yang Dikatakan “KEMAT1AN YANG MENGHIDUPKAN…”

Jenaz@h dah selamat dikebum1kan di kampung halamannya, Kg Bujang Merbok Kedah. Kami sendiri lepas Kuliah Maghrib di Gerik, terus pecut balik ke kampung, batalkan Kuliah Subuh di sana. Jumpa dengan pihak yang menghantarnya dari pondok, terima kasih. Beria-ria betul dia nak ke pondok, 2018 aku tinggalkan pondok, dalam hujung Okt – awal Sept 2019 dia datang malam² ke rumah, rupanya mahu nyatakan hasrat nak ngaji pondok.

Saja aku kata, ‘kat Kedah pondok banyak, ngaji kot belah ni la’ Dia kata, ‘tak mau, aku nak pi pondok hang ngaji dulu tu, Pasir Tumboh’

Sokmo mari rumah, kuliah aku di kampung pun dia mai, akhirnya selamat ke pondok, tak sampai sebulan di sana akhirnya malaikat m@ut mengambil nyaw@nya. Terngiang-ngiang lagi apa dia kata, ‘sampai bila nak seronok ‘ ‘ aku takda ilmu ‘ ‘ aku muda lagi, kena pi ngaji ‘ ‘ tak boleh duk kampung, kena keluaq hijrah ‘

Aku kata kat dia, ‘takpa, hang pi ngaji, lama² pandai la’, Saja kata kat dia, ‘hang pi duk 7 tahun ngaji ‘, dia kata ‘ aku pi tak mau balik dah ‘

Umur baru 23, duk kampung biasalah nakal² remaja usia begini, tapi kerja rajin, buat paip air, boaring air, buat sewa lori angkut barang. Cerita kata, masa dia sampai pondok, dia begitu riang, seronok, teruja, belanja orang makan, layan budak². Seawal pagi jam 7 pagi dah keluar cari kelas untuk ngaji terutama Quran. Sampai di pondok, dia kata kat pihak pejabat – saya datang serah diri, saya tak reti apa, takda ilmu. Beliau sanggup khidmat dekat Tok Guru Ayah Mat, mudir pondok, tolong ambilkan air sembahyang dekat Ayah Mat.

Begitulah, Allah mengubah hidupnya, bahagialah, inilah kehidupan, ianya dikira akhir hidup, silam biarlah silam, asalkan sebelum mat1 sempat bertaubat, mulia orang begini, hati tulus mahu kembali kepada Allah. Hadith Sahih,

وإن الرجل ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها

Seorang lelaki dia beramal dengan amalan ahli ner@ka hingga adalah jarak antaranya dan antara ner@ka itu sehasta sahaja lagi, maka datanglah ketetapan Allah atasnya, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga, dia masuk ke dalamnya.

Sebahagian ulama’ menyatakan, sebab dia jadi begini kemungkinan kerana,

لديه عمل صالح يتعاهده ويلازمه، نفرض أنه بار بوالديه واصل لرحمه أو عمل عملاً صالحًا في آخر عمره فكان سببًا لمغفرة الله له

Ada di sisinya itu amal soleh yang dia senantiasa buat, kita anggap kemungkinan dia buat baik kepada orang tuanya, menyambung tali silaturrahim, beramal soleh pada akhir umurnya, maka semua itu sebab bagi Maghfirah Allah untuknya.

Dan memang arw@h sangat berbakti kepada orang tuanya, mudah mesra dengan orang, suka bertegur sapa, menyambung tali silaturrahim….

Ya Allah inilah yang dikatakan KEMAT1AN YANG MENGHIDUPKAN…

Kredit; Ustaz Muhammad James

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*