Projek Tambak Laut P. Pinang; Entah Ke Mana Lagi Melayu Nak Pergi…

Perasaan saya cukup mar@h, pada masa yang sama cukup h1ba, bercampur-campur. Sejujurnya Pulau Pinang terutama di bahagian pulau cukup dekat di hati saya. Ibu saya lahir di Tanjung Tokong, malah saya sendiri pernah tinggal di perkampungan Melayu itu (yang terletak di bahagian pulau) ketika saya kecil. Kini kampung itu hampir semuanya telah dibangunkan dengan projek kondo bagai, orang Melayu terpaksa tinggal di flat kecil sebagai gantinya.

Ada yang terpaksa berpindah ke bahagian tanah besar kerana tidak mampu membeli rumah yang terlalu mahal, menjadikan orang Melayu di bahagian pulau mula berkurangan tahun demi tahun. Orang Melayu ibarat ‘terusir’ secara sistematik. Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peratusan penduduk Bumiputera di pulau menurun sebanyak 0.7 peratus, dari 2000 ke 2010. Bayangkan di tahun 2019, sudah tentu jumlahnya lebih banyak!

Terbaru, pada yang belum tahu, kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina TIGA PULAU BUATAN yang dinamakan Projek Tebus Guna Tanah Selatan Pulau Pinang (PSR). Ia akan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut untuk membiayai projek PTMP, iaitu sebuah projek merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Tanah ditebus guna itu akan menjadi milik kerajaan negeri, tetapi ia akan dilelongkan kepada pembina tertinggi untuk membiayai PTMP yang bernilai RM46 bilion!

Baik, apa kesannya pada orang Melayu? Mudah. Apabila kerajaan negeri nak bina projek mega itu, nasib ribuan orang Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan di kawasan terbabit akan terjejas! Komuniti nelayan pesisir pantai adalah antara komuniti tertua di Pulau Pinang. Sejak sekian lama, atas nama pembangunan, kampung-kampung mereka dipindahkan, pantai-pantai mereka dir@mpas, paya bakau dan kawasan pembiakan ikan mereka dimusn@hkan.

PSR dianggap sebagai usaha secara halus meminggirkan penempatan rakyat khususnya golongan bawahan. Dianggarkan sekitar 20 peratus sahaja rumah mampu milik yang disediakan. Maka, siapakah pemilik sebenar majoriti 80 peratus lagi? Tidak keterlaluan jika diandaikan penempatan di kawasan tambak laut tersebut akan dihuni oleh golongan kaya dan orang asing. Sifir mudah, dengan harga rumah yang dianggarkan beratus ribu dan mungkin mencecah jutaan ringgit, manalah nelayan-nelayan Melayu kita ni mampu nak beli.

Akhirnya, sekali lagi, orang Melayu terpaksa berpindah dan akan keluar dari kawasan pulau untuk ke tanah besar sekaligus menyaksikan lagi sekali bangsa kita semakin ‘terusir’ dari tanah nenek moyang kita ini. Saya dah tak tahu nak cakap apa.

Sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*