Apa Ada Pada Tadika PASTI?

Kisah ini mungkin merupakan salah satu kisah kepelikan dalam PASTI. Banyak lagi kisah lain yang kita harus berikan tabik kepada PASTI! Aku pernah dengar student PASTI yang sejak awal tahun tak bayar yuran bulanan tapi pengurusan tetap tidak ambil tindakan tegas mengenangkan kewangan parent beliau.

Aku juga pernah review cost structure PASTI. Honestly if profit oriented semata2 memang bukan itu bisnes modelnya. Aku mula2 jadi x faham ni nak buat bisnes ke nak buat kebajikan? 
Sehingga aku jumpa word ni “social entrepreneurship”

Apa social entrepreneurship?

Mudah faham adalah… Bisnes yang dibangunkan bukan semata2 profit oriented. Ianya dibangunkan dengan Passion yang mendalam untuk menyelesaikan masalah dan membawa kebaikan kepada masyarakat. Sebab itu kita lihat yuran PASTI sangat berbaloi (bahkan sabgat murah) dengan quality yang ditawarkan. Sebab ianya bukan profit oriented semata2. Banyak parameters lain yang diambil kira dalam membangunkan PASTI.

Tapi jangan pula kita salah sangka bahawa PASTI adalah semata tempat kebajikan. Boleh wewenangnya demand yuran murah mahupun culas membayar yuran. Bisnes is bisnes. Must have dollars and cents calculation. Ianya adalah titik tengah antara kebajikan dan keuntungan. Tahniah kepada PASTI seluruh Malaysia! Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa PASTI berjaya menjadi model social entrepreneurship yang baik!

Kredit; Ahmad Zulqurnain Ghazalli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*