Lelaki Yang Tidak Sanggup DiKalahkan, The Man Who Refused To Be Beaten…

Terima kasih Ya Allah di atas kemenangan. Termenung membisu saya di dalam bas ketika perjalan pulang dari Velodrome ke Hotel yang memakan masa selama sejam.

Untuk makluman, acara Sprint ini jauh bezanya dengan acara Keirin. Keirin melibatkan 6 pelumba, jadi taktik akan menjadi lebih ‘complex’ dan kebanyakan masa taktik kite boleh diganggu atau di ‘neutral’ kan oleh pihak lawan seperti himpitan, kepungan dan sebagainya. Dalam Keirin, pelumba boleh menggunakan taktik musoh untuk membantu taktik peribadi mereka. Sebagai contoh, mengekori lawan kehadapan (boleh jimat tenaga) atau mengekori pecutan lawan sebelum melakukan ‘counter att@ck’. Berbeda pula acara Sprint ini dimana pelumba perlu berlumba ‘head to head’ ‘toe to toe’. Tidak ada elemen luar lain yang kita boleh gunakan untuk membantu pecutan atau pergerakan kita. Saya suka mengibaratkan acara Sprint ini seperti Boxing. Ya betul, kerana anda dengan lawan anda harus bergom0l sesama sendiri menggunakan kudrat dan taktik yang anda ada.

Cerita perlumbaan akhir semalam saya cuba ringkaskan sebanyak mungkin kerana terlalu panjang untuk dikongsikan. Mungkin kalau ada rezeki saya akan terbitkan buku suatu hari nanti untuk cerita secara terperinci apa yang berlaku ketika setiap perlumbaan yang saya menangi. Saya percaya ramai yang tidak dapat bayangkan apa sebenarnya yang berlaku dan terlalu banyak cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama.

Selepas kalah tipis pada pusingan pertama, saya kehabisan tenaga dan kepenatan. Disebabkan badan yang penuh dengan asid laktik hasil dari kerahan pecutan tadi, saya terus ke tandas dan munnttaahhh. Shah firdaus yang kebetulan berada di tandas juga membantu saya. Saya cuba mengawal pernafasan dan buat segala cara untuk pulih seperti biasa. Terus terlintas di benak fikiran, pertarungan kali ini adalah untuk merebut takhta juara Asia peribadi saya buat kali ke-10. Satu pencapaian yang belum pernah dicapai orang lain lagi dan paling penting itu adalah impian dan misi peribadi saya. Saya bercakap dengan diri sendiri, memberitahu otak supaya jangan mengalah dan jangan biarkan musoh anda merampas impian tersebut.


Perlumbaan kedua memang g1la khinz1r. Untuk mengelakkan kebangkitan saya, Wakimoto membawa ‘pace’ yang tinggi dari awal permulaan lumba kerana memang beliau tahu saya akan mencuba sedaya upaya untuk bangkit. Disebabkan ‘pace’ yang tinggi saya perlu tunggu ke selekoh terakhir untuk memotong kerana banyak faktor yang terlibat. Bila memecut bersebelahan, faktor angin (drag) akan memperlahan kayuhan kita. Selekoh juga memperlahankan pecutan dan kita perlu mengerah lebih tenaga untuk memotong dan disebabkan itulah saya cuba mengurangkan selekoh ketika memotong.

Dan juga, berkayuh di luar garisan hitam akan menyebabkan jarak perlumbaan bertambah. Idealnya adalah untuk berkayuh di garisan hitam yang memberikan 250meter satu pusingan. Lagi jauh dari garisan tersebut maka lagi bertambahlah jarak perlumbaan dan oleh itu, pelumba harus menggunakan lebih banyak tenaga dan juga kuasa pecutan. Anda semua boleh bayangkan trek balapan olahraga ataupun ketika mengelilingi Kaabah pada musim haji. Jadi selepas mengerahkan segala kudrat yang ada, saya memenangi perlumbaan tersebut dan kami akan ke pusingan penentuan.

Ohh lupa nak bagitahu pulak, catatan masa perlumbaan sengit tadi tu adalah 9.824 saat. Kalau anda bukan pelumba, reaksi nya adalah hurmm okay. Tetapi reaksi bagi pelumba adalah seperti cerita ‘The Mask’ kalau anda masih ingat dimana kedua biji mata terkeluar, mulut terbukak luas, ‘jaw dropping’ dan lidah terkeluar habis 😱😱😱. Laju tu wehhh. Dalam dunia pecut memecut ni, kalau catatan masa dia di bawah 10saat tu memang orang g1la punya kerja je. Orang normal tak boleh buat. Dan errrrr, ya betul memang saya g1la pon. Tapi saya gila waktu berlumba je la😅

Kredit; Azizulhasni Awang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*