Keutamaan Malam Adalah Untuk Berehat Dan Beribadah

Alhamdulillah ramai yang terbuka hati bila saya ada kongsikan ayat Quran yang mengatakan malam untuk berehat dan beribadah. Beberapa ayat (bukan satu ayat) itu adalah ayat yg jelas dan rasanya mudah difaham. Dan itulah juga yg dijelaskan oleh para ustaz dan ustazah.

Bukan bermakna tak boleh kerja waktu malam, terutama dalam kerja yg kritikal spt polis, tentera etc. Cuma kita minta, jika pekerja terpaksa bekerja pada malam untuk beberapa hari, majikan bolehlah berikan cuti rehat untuk betulkan semua biological clock yang mungkin terganggu. Sebab inilah fitrah manusia. Rehat dan tidur waktu malam.

Jika bekerja malam berlanjutan terus menerus untuk beberapa minggu sudah pasti ia menjejaskan sistem hormon dalam tubuh. Bila berlanjutan beberapa tahun, sudah pasti penyak1t kron1k akan muncul sebab tek@nan (akibat gangguan tidur) yang berpanjangan.

Tapi sebahagian kita telah ditutup hati, sudah tentu menolak apa yang Allah turunkan di dalam Al-Quran sebagai panduan. Bagi yang membaca dengan iman, tentu faham apa yang dimaksudkan. “Kami dengar dan kami taat”

Jadi waktu malam adalah masa untuk berehat dan beribadah (jika berkesempatan). Kecuali jika terpaksa melakukan tugas yg tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasi tek@nan akibat tidur yang terganggu, mereka dinasihatkan untuk rehat secukupnya di siang hari. Jangan lakukan sebarang aktiviti lain, kecuali dapatkan rehat dan tidur secukupnya. Saya simpati dan berdoa agar kita diberikan kesihatan yang terbaik.

Rupanya banyak ayat2 al Quran dan Hadis yang memberikan panduan untuk kita menjalani kehidupan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Ambillah peringatan yang diberikan dan jangan kita melampaui batas. Wallahu’alam.

Sumber; Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*