Mufti WP Ulas Berita Ibu Bro Firdaus Wong Peluk Islam

Membawa laporan Astro Awani bertajuk “Ibu saya ucap dua kalimah syahadah” – Firdaus Wong seb@k”, saya teringatkan kisah yang berlaku kepada Sayyidina Abu Hurairah radhiallahu anhu. Kisah ini direkodkan dalam Sahih Muslim (no. 2491) seperti berikut:

Daripada Abi Kathir Yazid bin ‘Abd al-Rahman, Abu Hurairah menceritakan kepadaku:

كُنْتُ أَدْعُو أُمِّي إِلَى الْإِسْلَامِ وَهِيَ مُشْرِكَةٌ، فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِي فِي رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْرَهُ، فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي، قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي كُنْتُ أَدْعُو أُمِّي إِلَى الْإِسْلَامِ فَتَأْبَى عَلَيَّ، فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِي فِيكَ مَا أَكْرَهُ، فَادْعُ اللهَ أَنْ يَهْدِيَ أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اللهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ» فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ، فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ، فَسَمِعَتْ أُمِّي خَشْفَ قَدَمَيَّ، فَقَالَتْ: مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ وَسَمِعْتُ خَضْخَضَةَ الْمَاءِ، قَالَ: فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ خِمَارِهَا، فَفَتَحَتِ الْبَابَ، ثُمَّ قَالَتْ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِي مِنَ الْفَرَحِ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَبْشِرْ قَدِ اسْتَجَابَ اللهُ دَعْوَتَكَ وَهَدَى أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ، فَحَمِدَ اللهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ خَيْرًا، قَالَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ ادْعُ اللهَ أَنْ يُحَبِّبَنِي أَنَا وَأُمِّي إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ، وَيُحَبِّبَهُمْ إِلَيْنَا، قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اللهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا – يَعْنِي أَبَا هُرَيْرَةَ – وَأُمَّهُ إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ، وَحَبِّبْ إِلَيْهِمِ الْمُؤْمِنِينَ» فَمَا خُلِقَ مُؤْمِنٌ يَسْمَعُ بِي وَلَا يَرَانِي إِلَّا أَحَبَّنِي

“Dulu, aku sering mengajak ibuku untuk masuk Islam, ketika beliau masih musyrik. Pada suatu hari aku mengajaknya untuk masuk ke dalam Islam, tetapi beliau mengutarakan kata-kata yang tidakku sukai tentang diri Rasulullah SAW.

Kemudian aku datang menemui Rasulullah sambil menang1s dan berkata; Ya Rasulullah, aku sering mengajak ibuku untuk masuk Islam, tetapi beliau selalu menolak, malah mengucapkan kepadaku kata-kata yang tidak aku sukai tentang engkau. Oleh kerana itu mohonlah kepada Allah agar ibuku mendapatkan petunjuk dan hidayah-Nya.’

Setelah mendengar penjelasan saya. Rasulullah terus berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibu Abu Hurairah! ‘

Lalu aku kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana doa Rasulullah tersebut. Setibanya di rumah, aku mendapati pintu rumah masih tertutup. lbuku mendengar derap langkah aku lalu berkata; Hai Abu Hurairah, berhentilah sejenak! ‘ Kemudian aku mendengar bunyi percikan air. Ternyata ibuku sedang mandi. Beliau segera berpakaian dan mengenakan tudung.

Beliau membuka pintu seraya berkata; Hai Abu Hurairah, sekarang aku bersaksi bahwasanya tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.’

Abu Hurairah berkata; “Lalu aku kembali lagi kepada RasuluIlah SAW. Aku datangi beliau sambil menangis kegembiraan. Aku berkata; ‘Ya Rasulullah, aku sungguh senang dan gembira, AIIah telah mengabulkan doa engkau. Dan Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada ibuku.”

Rasulullah SAW memuji Allah dan mengucapkan syukur kepada-Nya. Aku berkata; ‘Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah agar aku dan ibuku mengasihi orang-orang beriman dan mereka juga mencintai kami! ‘

Kemudian Rasulullah berdoa; ‘Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu yang kecil ini (yaitu Abu Hurairah dan ibunya) cinta kepada orang-orang beriman serta jadikanlah mereka cinta kepada keduanya! ‘ Maka tidak ada seorang pun orang beriman yang mendengar namaku dan tidak bertemu denganku melainkan dia mengasihiku.”

Saya merasa amat terharu dengan kisah pengIslaman ibunya selepas usaha selama 14 tahun lamanya. Tahniah kepada saudara Firdaus Wong Wai Hung. Kami semua amat bergembira dan bersyukur kepada Allah SWT atas khabar gembira ini.

Impian kita, sudah tentu ingin berpimpinan, beriringan dengan penuh senyuman bersama ahli keluarga kita menuju ke syurga Allah SWT. Moga dikabulkan-Nya, amin.

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber; Mufti Wilayah Persekutuan

Berita terdahulu…

Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar. Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nerv0us dan seb@k kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan a1rmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.

Sumber; Firdaus Wong Wai Hung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*