Kita Sudah Terlewat Untuk Mula Belajar? Mungkin Tidak…

Buat anda yang ada rasa sudah terlewat mendalami ilmu agama, mari saya ceritakan beberapa kisah ulama’ yang belajar di usia tua yang akhirnya mereka jadi ulama’besar dunia! Imam Al-Qaffal kerja sejak muda sebagai pembuat kunci. Dia mula belajar agama diusia 40 tahun dan dia tak malu belajar diusia itu! Men1nggal umur 80 tahun. 40 tahun dalam kejahilan, 40 tahun kemudian sebagai orang berilmu malah Imam besar!

Begitu juga Imam Asbagh Al-Maliki, dia mula belajar ilmu agama diusia 30 tahun. Imam Ibn Hazm mula belajar diusia 26 tahun selepas ditegur berkaitan solat. Bahkan ada sebahagian ulama’ yang pergi belajar walaupun dah berumur 70/80 tahun dan mereka tak pernah malu! Jadi kenapa kita perlu malu? Tak perlu malu. Biarlah orang nak kata apapun sebab belajar diusia tua itu dialami oleh sebahagian ulama’ silam.

Kalau tak tahu baca Al-Quran, tak tahu tentang solat, etc. Pergi belajar. Jangan malu. Anda akan rasai betapa seronoknya bilamana daripada anda tak tahu nak baca Al-Quran akhirnya dapat baca sendiri dan dapat pula ajar orang lain. Anda akan rasai betapa seronoknya bila dapat tahu sesuatu ilmu yang sebelum ini kita tak tahu.

Perasaan ini hanya akan dapat bila kita belajar dan tak malu nak belajar? Kenapa perlu malu belajar sedangkan menuntut ilmu tu suatu kemulian??? Kenapa malu belajar sedangkan belajar tu jalan untuk ke syurga? Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ
Siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke syurga. [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Jadi, tak perlu rasa malu nak belajar agama walaupun dah dewasa. Tiada istilah terlambat untuk belajar. Kata Imam Ibn ‘Aqil – Aku merasakan diriku belajar ketika aku kini berusia 80 tahun lebih bersemangat semasa aku berusia 30 tahun! Semoga kisah mereka menjadi pencetus semangat dan inspirasi buat anda!

Kisah yang saya sebutkan diatas bukan seruan untuk membolehkan enjoy dan tunggu tua dulu baru belajar Agama. Apa yang saya ceritakan tu tujuannya untuk mereka yang rasa tak ada semangat nak belajar dan rasa malu nak belajar sebab rasa dah dewasa..

Jadi bila dah ada kesedaran nak belajar agama dan dah baca kisah² diatas, harap lepas ni mentaliti berubah dan rasa tak malu dah nak belajar walaupun dah dewasa. Ingat, kita tak tahu bila ajal menjemput. Jadi jangan bertangguh lagi. Buang rasa malu dan mulakan mencari ilmu. Semoga dipermudahkan Allah.

Kredit; Jafri Abu Bakar Mahmoodi