Agih Zakat Kepada Bukan Islam, Sultan Selangor S4NGGAH Anwar

AGIHAN ZAKAT KEPADA BUKAN ISLAM: ANWAR DITEGUR SULTAN SELANGOR, DICANGGAH MUFTI-MUFTI 

Makin panas nampaknya isu agihan zakat kepada bukan Islam yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim waktu berdialog dalam Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam pada 30 Oktober lalu. Sebelum ini beberapa orang mufti telah menyanggah Datuk Seri Anwar, termasuklah:

(1) Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor, yang berkata zakat hanya boleh diagih kepada bukan Islam jika kutipan zakat melebihi keperluan penerima Islam. Laporannya boleh dibaca di sini: https://www.malaymail.com/…/after-anwar-moots-zakat…/1805829, dan di sini: https://www.sinarharian.com.my/…/Zakat-Orang-Islam-perlu-di…

(2) Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menegaskan bahawa agihan zakat di negeri Perak hanyalah diberi kepada orang Islam. Laporannya boleh dibaca di sini: https://www.sinarharian.com.my/…/Perak-kekal-fatwa-sebelum-…, dan dan di sini: https://www.bharian.com.my/…/belum-masa-agih-zakat-kepada-b…

(3) Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, yang menegaskan bahawa agihan zakat di negeri Selangor hanyalah diberi kepada orang Islam. Laporannya boleh dibaca di sini: https://www.sinarharian.com.my/…/Agihan-zakat-hanya-untuk-a…

(4) Mufti Terengganu, Datuk Dr Haji Zulkifly Haji Muda, yang tidak bersetuju agihan zakat diberi kepada orang bukan Islam. Laporannya boleh dibaca di sini: https://www.ismaweb.net/…/tiada-fatwa-agih-zakat-kepada-bu…/

(5) Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, yang menegaskan bahawa agihan zakat di negeri Pahang hanyalah diberi kepada orang Islam. Laporannya boleh dibaca di dalam keratan akhbar Berita Harian yang dilampirkan.

Hari ini pula, Sultan Selangor menitahkan bahawa “hasil kutipan zakat di Negeri Selangor akan kekal diagihkan kepada lapan golongan asnaf di kalangan umat Islam”. Lebih pedih lagi ialah titah Sultan Selangor yang “menyeru agar tiada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan isu-isu berkaitan dengan agama Islam untuk meraih popularity atau untuk mengambil hati mana-mana pihak tertentu”. Laporannya boleh dibaca di dalam kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor yang dilampirkan.

Nampak seperti selari juga dengan kenyataan saya dalam akhbar Sinar Harian semalam supaya “ahli-ahli politik tidak menimbulkan isu-isu khilaf yang boleh menimbulkan polemik tidak perlu dalam masyarakat kerana keutamaan kita perlulah diberikan kepada perkara-perkara yang lebih penting dan lebih mendesak, apatah lagi bila melalui media masa khususnya kita dapati masih terlalu ramai di kalangan umat Islam sendiri yang memerlukan agihan zakat ini”. Laporannya boleh dibaca di sini: https://www.sinarharian.com.my/…/Pemimpin-jangan-polemik-is…

Tak ada penyakit sengaja mahu cari penyakit nampaknya.

Sumber; Kamarul Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*