Wahai Wanita, Dengarlah Nasihat Ini…

Geleng kepala dan sedih tengok trend sekarang kaum hawa tak lagi segan s1lu menari zumba, panama, senamrobik di khalayak ramai. Kononnya atas nama ‘senaman’. Padahal perempuan kalau pakai ketat, berjalan pula di Mall atau tempat awam sudah cukup mengundang mata lelaki memandang. Inikan pula menari bersenam macam tu. 

Tak kiralah tua atau muda, Melayukah atau Banglakah semua pandang semacam. Tajam! Tak berkelip aih. Berkelip takut terlepas. Yang Pak Cik gigi dah jongang, lutut dah goyang pun kemain lagi ha. Niat ke kedai nak beli santan. Tak ingat jalan balik rumah padahal tadi elok-elok pergi kedai nak beli santan. Sekali lalu dekat taman, ternampaklah Janda Milah berzumba dengan gegadis… santan ke mana, Pak Cik ke mana.

Apalagi kalau menari zumba, senam atau apa jua tarian di tempat awam yang bercampur lelaki perempuan. Pakai pula pakaian ketat menggoda. Aduhai, lagilah menarik perhatian lelaki. Sabda Rasulullah SAW:

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ

“Tidaklah ada sepeninggalku f1tnah (cubaan) yang paling berb@haya bagi lelaki selain f1tnah (cubaan) terhadap wanita” [Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5096, Muslim no. 2740).

“Apa hukum berzumba?” Tanya seseorang tempohari.

Baik, mari kita baca pandangan para ulama’ tentang hukumnya ya… Joget atau menari dalam istilah Fiqh disebut ar-Raqshu. Kamus Mu’jam al-Wasith menyebutkan:

تنقَّل وحرك جسمه على إِيقاع موسيقى أو على الغناء

“(ar-Raqshu) adalah seseorang berpindah-pindah posisi dan menggerak-gerakkan badannya sesuai irama muzik atau nyanyian.”

Para ulama dalam al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhus Wal Ifta’ menyebutkan:

والبعد عن أسباب الفتنة، ومن أعظمها رقصها أمام الرجال الأجانب، فهو محرم لا يجوز،

Dan wajib juga bagi mereka untuk menjauhi sebab-sebab fitnah (godaan). Dan di antara godaan yang paling besar adalah joget/menarinya mereka di depan lelaki yang bukan mahram. Ini hukumnya har@m, tidak diperbolehkan. [Rujuk Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, jilid 3 no. 16638‏]

Begitu juga Fatwa Mufti Negeri Sabah menyebutkan bahawa HAR4M seseorang wanita menari di khalayak awam. Antara sebab menjadi haram adalah:

 Mendatangkan f1tnah.

 Kerana di tempat terbuka dapat dilihat lelaki.

 Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.

 Berpakaian menjol0k mata dan mendedahkan aurat.

 Adanya elemen er0tik menaikkan syahw@t dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan.

Ia termasuklah mereka yang bersenamrobik dan berzumba, lalu dirakam atau disebarkan secara live pun tak boleh. Tapi kalau perempuan nak bersenam sesama perempuan di tempat tertutup, terhindar daripada pandangan mata lelaki dan percampuran lelaki tak ada masalah. Boleh. Atau nak menari atau bersenam depan SUAMI SAHAJA di tempat tertutup pun boleh. Menarilah sampai ke subuh pun. Berpahala Insya-Allah.

Ok, jemputlah share dan sebarkan artikel ini seluas saujana mata memandang. Moga tukang share beroleh pahala kebaikan dan lebih ramai mendapat manfaatnya ya…

Sumber; Farid Rashidi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*