Musim Cuti Sekolah Bakal Tiba, Musim PENJ4HAT Mencari M4NGSA…

Sekarang musim orang bercuti, ada yang holiday kat dalam Malaysia saja dan ada yang kat oversea. Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar2 sementara masuk ke balai pelepasan. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jah@t yang sentiasa mencari m@ngsa.

Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba2 seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.

Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen. Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain. Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!

Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer ‘milo’ tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.

Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama2 nak naik flight di KLIA. Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen….igauan nger1 pun berlaku.

Ada dad@h dalam patung itu dan wanita yang bertanggungjawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau ditahan, di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam2.
Dipendekkan cerita masuk mahkam@h atas tudOhan memiliki dad@h sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak, kalau tak tali g@ntunglah jawabnya.

Berhati2….jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena…..Allah saja yang tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cua1 ! Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. MusOh mana ada hati budi ya!

Ingat, jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit pras@ngka tu…. Ia kadang2 perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!.

Kredit; Latifah Mohamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*