PU Amin – Tu Kubor Dik, Penganut Kristian Pun Tahu Hormat Kubor Mereka…

Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni . Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubor kristian ni. Mungkin nak promot baju, mekap artis atau pakej kahwin, demi nak viral sampai ke kubor kau berphotoshoot. 🤣 Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau nak macam mana.

Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan rakan saya yang beragama kristian, mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka. Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur.

Dorang hanya datang dan balik. Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergambar. Aneh tuan tuan. Aneh. Hormatlah agama lain, tu kubor dik. Kalau diorang buat dekat kubor kita macam mana, pada kawan kawan kristian saya mohon maaf atas ketelanjuran ini.

Ya Allah, apa sudah jadi dengan dunia. Macam macam cara marketing orang sekarang. Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’ 

Sumber; PU Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*